INFOMASI TERKINI , GOSIP , PERIKLANAN , WEBSITE , FACEBOOK , FAN PAGE , LAWAK , TERKINI , WAYANG
BLOG FOLLOWERS
Monday, April 8, 2013
Shaheizy Sam dinobatkan Bintang Paling Popular ABPBH 2012
KUALA LUMPUR, 8 APRIL 2013: Kemenangan tidak diduga dan dipersoalkan. Malah lebih manis sekali apabila Shaheizy Sam telah buat kedua kalinya telah membawa pulang gelaran Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012).
Berlangsung di lokasi baru iaitu Stadium Putra Bukit Jalil, Shaheizy Sam mengulangi kejayaannya pada 2 tahun lalu di Genting Highlands.
Beliau telah membawa pulang hadiah kereta Nissan 370Z Coupe dan barang kemas Habib Jewel bernilai RM150,000.
Ditemui sebaik tamat malam kemuncak ABPBH 2012, Shaheizy Sam melahirkan rasa gembira dan nyata amat terkejut apabila gelaran itu menjadi miliknya.
"Terlalu ramai bintang yang popular di negara kita, namun saya tidak pernah memperkecilkan keupayaan setiap daripada mereka itu.
"Saya selalu cakap pada diri saya untuk sentiasa berusaha menjadi menjadi yang terbaik.
"Ini juga merupakan kejayaan peminat dan terima kasih yang tidak terhingga buat mereka yang menyokong saya selama ini,"ujarnya ringkas ketika ditemui di post-party malam kemuncak ABPBH 2012, malam tadi.
Dalam pada artis-artis lain yang kuat dengan kelab peminat mereka, Shaheizy Sam turut ditanya adakah dia ada menjanjikan habuan pada mereka yang mengundinya.
"Saya naik keatas pentas tadi semuanya atas usaha dan hasil sokongan para peminat saya. Untuk gelaran yang ini, saya tidak boleh gunakan bakat yang ada semata untuk berjaya tetapi peminat sendiri yang membuatkan saya naik ke atas pentas.
"Saya tidak ada menjanjikan apa-apa kepada mereka, tetapi saya tahu dan nampak strategi, usaha dan kegigihan peminat.
"Mereka buat ini semua kerana mahu menghargai saya.
"Berdirinya saya di atas pentas tadi seperti seorang jeneral yang berjaya. Tetapi seorang jeneral tidak akan berjaya tanpa askar-askarnya.
"Jadi peminat saya adalah askar saya dan dengan mereka saya terus kuat berkerja dan memberikan yang terbaik,"komen Shaheizy Sam yang berterima kasih kepada peminat setianya.
Shaheizy Sam berjaya mengetepikan Zizan Razak yang meraih dua kemenangan dan juga antara nama yang disebut akan membawa pulang trofi rebutan ramai itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
IKLAN : Emas Kajang :- Kami Sedia Membeli Emas Lama Baru Patah Rosak Dengan Harga Tertinggi..!! Berminat Untuk Berurusniaga Sila Hubungi...
-
Iklan : Emas Kajang Kami Sedia Membeli Emas Dan SuratPajak Dgn Harga Tertinggi..!! Berminat Untuk Pertantaan Sila Hubungi : 03-8...
-
Pencuri Di Sebuah Hotel Ketika Penjaga Kaunter Sedang Tidur
-
iklan : Emas Kajang :- Kami Sedia Membeli Emas Baru , Lama, Patah Rosak Dengan Harga Tertinggi...!! Berminat Untuk Menjual Emas An...
-
TAWAU – Tiga beranak merupakan antara 11 individu warga Filipina yang berdepan hukuman mati dan penjara seumur hidup selepas mereka didakw...
-
IKLAN : EMAS KAJANG > > Kami Beli Membeli Emas Baru,Lama,Patah,Rosak Dgn Harga Tertinggi..!! Kami Juga Sedia Membantu Anda D...
-
Parlimen baru sahaja dibubarkan secara rasmi pada JAM 11.35AM 3/4/2013 sebentar tadi. Jom Like Page Fuyoo Media : http://www.fu...
-
Iklan : Emas Kajang Kami Sedia Membeli Emas Dan SuratPajak Dgn Harga Tertinggi..!! Berminat Untuk Pertantaan Sila Hubungi : 03-8...

No comments:
Post a Comment