BLOG FOLLOWERS

Saturday, April 13, 2013

Lelaki Dibebani Hutang Maut Terjun Bangunan.


PETALING JAYA: Seorang kakitangan hotel yang dipercayai mengalami kemurungan kerana dibebani masalah hutang sejak setahun lalu nekad terjun dari tingkat tiga bangunan kediamannya di Mentari Court, Bandar Sunway, di sini, awal pagi semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Lim Chin Seong, 39, berasal dari Alor Setar, Kedah, meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Menurut sumber, mangsa yang tinggal bersama teman wanitanya berusia 20-an dikatakan terjun dari balkoni kediamannya dan tindakan itu tidak disedari wanita berkenaan walaupun ketika kejadian ada bersamanya.

“Kejadian hanya disedari seorang penghuni lain yang ternampak sesuatu jatuh dari bangunan berkenaan sebelum memeriksa dan terkejut apabila mendapati seorang lelaki terbaring dalam keadaan berlumuran darah.

“Penghuni itu kemudian segera menghubungi polis dan pemeriksaan lanjut mendapati lelaki terbabit sudah tidak bernyawa,” katanya.

Katanya, berdasarkan maklumat teman wanitanya, mangsa dikatakan berhutang dengan along dan pernah beberapa kali cuba membunuh diri tetapi gagal.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata mayat mangsa kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat sebelum dituntut warisnya untuk upacara pengebumian dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts