Kuala Lumpur: Belum selesai siasatan membabitkan kematian bayi lelaki di sebuah pusat asuhan di Bandar Baru Bangi, seorang lagi bayi di premis sama dilaporkan koma sejak Isnin lalu.
Ahmad Adam Abqary Ahmad Hassan, dua bulan, dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, kerana mengalami pendarahan otak.
Dia sebelum ini dihantar ke pusat asuhan sama dengan bayi berusia tiga bulan yang dilaporkan maut, Jumaat lalu.
Bapa Ahmad Adam, Ahmad Hassan Shahbudin, 30, berkata, dia mengesyaki terdapat unsur kecuaian penjaga pusat asuhan itu sehingga menyebabkan anaknya mengalami pendarahan otak.
“Ini bukan kejadian pertama sebaliknya seperti dilaporkan Harian Metro Jumaat lalu, seorang bayi lelaki mati di situ,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Kajang, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/Menggigilsebelumkoma//Article
INFOMASI TERKINI , GOSIP , PERIKLANAN , WEBSITE , FACEBOOK , FAN PAGE , LAWAK , TERKINI , WAYANG
BLOG FOLLOWERS
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
IKLAN : EMAS KAJANG > > Kami Beli Membeli Emas Baru,Lama,Patah,Rosak Dgn Harga Tertinggi..!! Kami Juga Sedia Membantu Anda D...
-
Gempar..!Rumah polis dilempar bom petrol KLANG – Dua anggota polis berdepan detik cemas apabila rumah sewa mereka terbakar selepas di...
-
SEPANJANG bergelar artis dan mengembangkan kerjaya di Malaysia, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz sememangnya tidak sudah-sudah dilanda denga...
-
MELBOURNE - Seorang wanita yang dituduh mengendalikan rumah pelacuran di Sydney memberitahu mahkamah, enam wanita rakyat Malaysia yang dit...
