BLOG FOLLOWERS

Tuesday, April 9, 2013

Petua Untuk Wanita Bersabar Apabila Suami Kahwin Lain


Petua Untuk Wanita Bersabar Apabila Suami Kahwin Lain


1. Jangan peduli apa orang kata, peduli hanya apa yang keluarga dan suami anda kata kerana hanya mereka yang berjasa dan berkepentingan dalam hidup anda.

2. Masyarakat hanya tahu mengutuk, tetapi tidak tahu memberi jalan penyelesaian. Tidak berdosa hidup bermadu, tidak hina menjadi isteri kedua, ketiga atau keempat, dengan syarat suami anda mestilah seorang suami bukannya seorang ‘lelaki’.

3. Sentiasa merendah diri dan hormati isteri pertama, biar dia marah atau mengata apa sahaja asalkan anda sentiasa mengalah.

4. Kuatkan hati bahawa perkahwinan anda adalah mencari keredaan Allah melalui kebaikan suami. Jika niat jelas dan ikhlas, lama-kelamaan isteri pertama akan lembut hatinya bahkan dia boleh menjadi kawan baik.

5. Pasti anda tenang apabila madu menghubungi dan bertanyakan khabar anda di kala suami bersamanya. Lakukan perkara serupa kepadanya apabila suami bersama anda pula.

6. Senangkan hati suami, dia akan menyenangkan hati anda. Bukankah semua isteri mahu disayangi suaminya?

7. Hidup syukur. Lupakanlah kesedihan dengan banyak mengingati anugerah Allah SWT yang dikurniakan kepada diri dan keluarga. Nikmat Allah bukan berupa harta dan kesihatan sahaja, tetapi juga nikmat dibelanya kita daripada kejahatan makhluk-Nya. Betapa Allah telah melindungi kita dan orang-orang yang kita kasihi daripada perbuatan jahat manusia, ataupun musibah yang datang tidak berbau, kehilangan harta benda dan nyawa. Allah SWT telah mencukupkan keperluan hidup kita dan menyempurnakannya dengan keperluan jiwa kita iaitu hidayah Allah.

Hati yang bersyukur tidak mudah diperdaya oleh syaitan kerana ia sentiasa berpijak di atas jalan Allah. Kembali kepada Allah, jika tersasar dan menganggap mudah segala ujian kerana ia adalah lumrah kehidupan. Bukankah ramai lagi manusia yang lebih tinggi ujiannya berbanding dengan diri kita? Jika dinilai nkmat Allah itu, sebenarnya ia melimpah-limpah jika dibandingkan ujian yang sedikit.

8. Atasilah masalah hati dengan membuat hati sentiasa sibuk, jika ia dibiarkan kosong nanti yang duduk di dalamnya adalah syaitan. Jangan hancurkan hati dengan tangan anda sendiri, rawatlah ia dengan bertafakur, isilah dengan ilmu, sibukkannya dengan amal-amal soleh.

Jika hati disakiti, carilah tempat selamat dan hindari sarang-sarang penyamun yang cuba menyakiti hati anda untuk kali kedua. Sibukkan diri dengan memfaatkan setiap detik yang berlalu agar ia membuahkan pahala. Satu saat kita berdendam akan kita tangisi di dunia dan di akhirat nanti, manakala satu saat kita bekerja menjadi kegembiraan dunia dan akhirat juga.

9. Kebahagiaan itu bermula dari hati dan tubuh badan yang sihat. Jika hati sakit, pastinya boleh menjejaskan kesihatan jasmani juga. Hiduplah dengan aktiviti kecergasan, berjogging dan bersenam, menjaga badan dan kecantikan diri, melakukan kerja-kerja amal yang bermanafaat, melancung sambil bertakafur, makan makanan yang seimbang, selain itu makanan rohani juga jangan dilupakan. Berazamlah untuk mengatasi segala dugaan dengan syukur, sibuk dan sihat.

2 comments:

  1. bodoh.. mak aku lumpuh dan hidup bermadu, terseksanya kami tuhan saja yang tahu, mak aku isteri 1st,
    dalam hidup aku bermadu tak akan pernah aman...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Np nk mnyalahkan smua pihak...?np x salahkan suami yg x brtanggungjawab?jika pham Islam dan laksana ap yg Islam suruh Insya Allah rumah tangganya aman...jika poligami kata x btul seakan2 peraturan Allah x betul...poligami x salah...yg salahnya org yg mnyalahgunakan poligami...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts