INFOMASI TERKINI , GOSIP , PERIKLANAN , WEBSITE , FACEBOOK , FAN PAGE , LAWAK , TERKINI , WAYANG
BLOG FOLLOWERS
Sunday, February 3, 2013
Liyana Jasmay Berhijrah Ke Sabah Demi Suami
KUALA LUMPUR - Selepas menangguhkan perkahwinan mereka pada 24 Januari lalu, pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay akhirnya selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hatinya, Fathuddin Mazlan di Hotel Seri Pacific di sini semalam.
Dengan dua kali lafaz, Fathuddin yang juga seorang ahli perniagaan, sah menjadi suami kepada Liyana yang dikenalinya menerusi seorang rakan setahun lalu.
Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa Liyana, Datuk Jasmay Md. Shah dengan mas kahwin berupa seutas gelang emas bernilai RM5,500 serta hantaran berjumlah RM28,388.
Liyana, 25, dan Fathuddin, 29, yang ditemui sejurus majlis akad nikah itu meluahkan rasa syukur kerana harapan mereka untuk mendirikan rumah tangga tercapai.
"Alhamdulillah, majlis berjalan lancar, kami akan berusaha menjaga keharmonian rumah tangga sekali gus menjadi seorang isteri yang baik," kata Liyana.
Liyana akan menetap di Kota Kinabalu mulai awal bulan depan bagi mengikut suaminya yang menguruskan perniagaan di bandar raya tersebut.
"Walaupun menetap di Sabah, saya tetap ke Kuala Lumpur jika ada hal yang perlu diuruskan," katanya.
Labels:
Kisah Artis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Baling : Seorang kanak-kanak berusia empat tahun terbunuh selepas tubuhnya melecur teruk akibat terkena letupan sewaktu melihat keluarganya...
-
Rekod! inilah tangan terpantas menyusun cawan di dunia!
-
Pilihan 1 : Ambil pokok Dukung Anak, Temulawak dan gula Melaka dan rebuskan bersama. Amalkan ia sebagai minuman harian. Pilihan 2: De...
-
Peragut Yang Kelakar..Tapi Kesian..Yang Kena Ragut Tu..
-
KES pecah rumah membabitkan golongan artis bukan perkara baharu. Kejadian yang tidak diingini tersebut pernah membabitkan pelawak terkenal ...
-
ALOR SETAR – Seorang penarik kereta maut terkena tiga das tembakan dalam satu pergaduhan berhampiran rumahnya di tingkat lima Flat Taman S...
-
CYPRESS, Texas - Seorang pelajar pekak berusia 20 tahun, Dylan Quick menikam 14 orang di kampus Kolej Lone Star Community di sini dalam ke...
-
Iklan : Emas Kajang Kami Sedia Membeli Emas Dan SuratPajak Dgn Harga Tertinggi..!! Berminat Untuk Pertantaan Sila Hubungi : 03-8...

No comments:
Post a Comment