BLOG FOLLOWERS

Saturday, February 23, 2013

Info Mengenai Kanser Usus


Kanser usus atau barah usus merupakan penyakit yang amat digeruni oleh sesiapa termasuk anda. Kanser usus atau barah usus merupakan penyakit barah yang utama bagi lelaki dan ketiga paling banyak menyerang kaum wanita di negara ini. Barah usus bermula dari dalam lapisan usus besar. Kanser ini membesar lama di situ sebelum merebak ke bahagian tubuh yang lain.


Tanda-Tanda Kanser Usus

Anda harus berjumpa dengan doktor jika ada tanda-tanda seperti berikut:

1. Keluar darah daripada dubur atau terdapat darah selepas membuang air besar.

2. Perubahan ketara pada tabiat membuang air besar.
Contohnya, lebih kerap membuang air besar atau najisnya cair, kerap sembelit dan/atau rasa lebih kerap hendak buang air besar daripada biasa.

3. Berasa tidak puas selepas membuang air besar.

4. Sakit perut yang berulang-ulang dan berpanjangan.

5. Berat badan turun mendadak.

6. Cepat penat, lemah atau sesak nafas tanpa sebab.

Rawatan Barah Usus - Rawatan untuk barah usus adalah sesuatu yang kompleks dan mencabar Seperti mana terdapat pelbagai jenis penyakit kanser begitu jugalah ada banyak jenis rawatan untuk kanser. Pembedahan merupakan pilihan utama bagi mengurangkan beban pesakit. Bagaimanapun kemoterapi atau radioterapi mungkin dicadangkan kepada anda.

Ujian Saringan Barah Usus - Ujian saringan kanser usus mampu mengurangkan risiko kanser usus. Ujian kaedah faecal occult blood test (FOBT) atau ujian darah okulta tinja disarankan kepada anda yang sihat berumur 50 tahun ke atas. Ujian FOBT merupakan ujian ringkas untuk mengenal pasti tanda-tanda awal kanser. Ujian ini dilakukan dengan mengambil beberapa sampel najis dengan menggunakan kit ujian.Pengambilan sampel anda boleh dilakukan di rumah, kemudiannya dihantar ke makmal untuk dianalisa. Ujian FOBT akan menentukan kehadiran darah dalam najis. Sekiranya ada, ujian lanjut perlu dijalankan untuk mengenal pasti punca pendarahan. Peluang untuk sembuh adalah tinggi iaitu sebanyak 90% jika pengesanan awal penyakit kanser ini dapat dilakukan.

Bagaimana Untuk Mengurangkan Risiko Kanser Usus?
Anda boleh membantu mengurangkan risiko menghidapi barah usus seperti berikut:

1. Amalkan makanan sihat iaitu makanan berkhasiat, termasuk mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan dan mengurangkan pengambilan lemak haiwan.

2. Amalkan berat badan yang sihat.

3. Amalan memakan satu sosej atau tiga keping daging sehari boleh meningkatkan risiko barah usus. Anda dinasihati makan kurang 17.7 auns daging merah seminggu dan mengelak semua bentuk daging yang diproses. Memang wujud bukti jelas kaitan antara daging yang diproses semula dengan barah. Daging seperti sosej, burger dan kepingan daging salai itu disediakan dengan kaedah termasuk diperap, disalai, dicampur garam serta bahan pengawet lainnya.

4. Amalkan bersenam dengan konsisten.

5. Jauhi tabiat merokok.

6. Elakkan atau kurangkan minum alkohol.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts