BLOG FOLLOWERS

Saturday, February 23, 2013

Info Mengenai Kanser Usus


Kanser usus atau barah usus merupakan penyakit yang amat digeruni oleh sesiapa termasuk anda. Kanser usus atau barah usus merupakan penyakit barah yang utama bagi lelaki dan ketiga paling banyak menyerang kaum wanita di negara ini. Barah usus bermula dari dalam lapisan usus besar. Kanser ini membesar lama di situ sebelum merebak ke bahagian tubuh yang lain.


Tanda-Tanda Kanser Usus

Anda harus berjumpa dengan doktor jika ada tanda-tanda seperti berikut:

1. Keluar darah daripada dubur atau terdapat darah selepas membuang air besar.

2. Perubahan ketara pada tabiat membuang air besar.
Contohnya, lebih kerap membuang air besar atau najisnya cair, kerap sembelit dan/atau rasa lebih kerap hendak buang air besar daripada biasa.

3. Berasa tidak puas selepas membuang air besar.

4. Sakit perut yang berulang-ulang dan berpanjangan.

5. Berat badan turun mendadak.

6. Cepat penat, lemah atau sesak nafas tanpa sebab.

Rawatan Barah Usus - Rawatan untuk barah usus adalah sesuatu yang kompleks dan mencabar Seperti mana terdapat pelbagai jenis penyakit kanser begitu jugalah ada banyak jenis rawatan untuk kanser. Pembedahan merupakan pilihan utama bagi mengurangkan beban pesakit. Bagaimanapun kemoterapi atau radioterapi mungkin dicadangkan kepada anda.

Ujian Saringan Barah Usus - Ujian saringan kanser usus mampu mengurangkan risiko kanser usus. Ujian kaedah faecal occult blood test (FOBT) atau ujian darah okulta tinja disarankan kepada anda yang sihat berumur 50 tahun ke atas. Ujian FOBT merupakan ujian ringkas untuk mengenal pasti tanda-tanda awal kanser. Ujian ini dilakukan dengan mengambil beberapa sampel najis dengan menggunakan kit ujian.Pengambilan sampel anda boleh dilakukan di rumah, kemudiannya dihantar ke makmal untuk dianalisa. Ujian FOBT akan menentukan kehadiran darah dalam najis. Sekiranya ada, ujian lanjut perlu dijalankan untuk mengenal pasti punca pendarahan. Peluang untuk sembuh adalah tinggi iaitu sebanyak 90% jika pengesanan awal penyakit kanser ini dapat dilakukan.

Bagaimana Untuk Mengurangkan Risiko Kanser Usus?
Anda boleh membantu mengurangkan risiko menghidapi barah usus seperti berikut:

1. Amalkan makanan sihat iaitu makanan berkhasiat, termasuk mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan dan mengurangkan pengambilan lemak haiwan.

2. Amalkan berat badan yang sihat.

3. Amalan memakan satu sosej atau tiga keping daging sehari boleh meningkatkan risiko barah usus. Anda dinasihati makan kurang 17.7 auns daging merah seminggu dan mengelak semua bentuk daging yang diproses. Memang wujud bukti jelas kaitan antara daging yang diproses semula dengan barah. Daging seperti sosej, burger dan kepingan daging salai itu disediakan dengan kaedah termasuk diperap, disalai, dicampur garam serta bahan pengawet lainnya.

4. Amalkan bersenam dengan konsisten.

5. Jauhi tabiat merokok.

6. Elakkan atau kurangkan minum alkohol.

Thursday, February 21, 2013

“Jangan Salahkan Fizz Fairuz Dalam Hal Ini Kerana Dia Mangsa Penganiayaan Dan Penipuan.


Kuala Lumpur: “Saya cukup mengenali wanita itu kerana dia isteri yang ‘sakit’ selepas lapan bulan hilang ingatan,” kata suami kepada bekas tunangan pelakon, Fizz Fairuz, 34, yang hanya mahu dikenali sebagai Ramli (bukan nama sebenar), 40-an.

Itu permintaan Ramli kepada masyarakat agar tidak terus menyalahkan Fizz selepas kecewa tindakan ‘malu’ isteri keduanya yang menipu aktor terbabit sehingga mengadakan majlis pertunangan secara diam dengan pelakon itu, 10 Februari lalu.

Muka depan Harian Metro semalam melaporkan Fizz berasa tertipu dengan tindakan seorang wanita berusia 26 tahun yang mengakui dirinya belum berkahwin sebelum mereka bertunang di Kuantan, Pahang.


Namun, empat hari selepas bertunang, barulah Fizz mengetahui tunangnya itu isteri orang sejurus dimaklumkan kawan kepada adik wanita itu dan memutuskan hubungannya, Ahad lalu.

Ramli berkata, punca isterinya bertindak demikian kerana kesunyian berikutan kurang diberi perhatian selepas mereka bernikah di selatan Thailand beberapa tahun lalu.

“Wanita itu isteri kedua dan diakui ia kesilapan saya bernikah dengannya tanpa memaklumkan kepada isteri pertama serta keluarganya (keluarga isteri kedua).

“Namun tidak disangka, perkahwinan di Thailand memberi kesan negatif kepada Fizz, sekali gus memburukkan namanya,” katanya memaklumkan sudah berjumpa pelakon itu di Subang Jaya, Sabtu lalu dan menceritakan segala-galanya.

Sumber memaklumkan, selepas berkahwin, pasangan itu tidak mendaftarkan perkahwinan mereka di mana-mana pejabat agama dalam negara.

Menurut Ramli, walaupun bergelar suami isteri, dia jarang berjumpa wanita itu selepas bimbang perkahwinan mereka diketahui isteri pertama.

“Biarpun sibuk, saya tetap membayar nafkah, menyediakan pakaian, tempat tinggal serta kenderaan,” katanya memaklumkan hanya berjumpa wanita itu beberapa kali dalam sebulan.

Menceritakan percintaan bersama Fizz, Ramli berkata, isterinya menggunakan telefon bimbit miliknya untuk berkomunikasi termasuk mengadakan temujanji untuk keluar bersama.

“Saya tidak meletakkan kesalahan itu ke atas Fizz kerana sepanjang perkenalan mereka, dia ditipu kononnya isteri saya belum berkahwin sehinggalah majlis pertunangan diatur,” katanya.

Kata Ramli, keluarga wanita itu turut tidak mengetahui kedudukan sebenar kerana isterinya tidak pernah memaklumkan mengenai perkahwinan mereka.

Menurutnya, wanita itu kini masih isterinya yang sah biarpun perkahwinan di Thailand tidak didaftarkan.

Sumber : Harian Metro.

Wednesday, February 20, 2013

Petua Tradisional Untuk Memutihkan Gigi Kuning



Pilihan 1: Kulit jeruk mengandungi unsur pemutih yang sangat lembut di mana ia boleh membantu menghilangkan karat pada gigi tanpa membahayakan lapisan gigi. Gosokkan kulit jeruk pada bahagian dalam gigi anda. Gunakan kulit jeruk yang masih segar.

Pilihan 2: Goreng biji asam jawa tanpa minyak. Kemudian tumbuk sehingga menjadi serbuk dan gosokkan pada gigi. Amalkan selalu.

Pilihan 3: Bakar 2 biji pinang tua yang kering hingga menjadi arang. Gosokkan pada gigi dan biarkan seketika. Kemudian cuci dengan air.

Pilihan 4: Kayu arang juga boleh digunakan untuk memutihkan gigi. Tumbuk arang hingga halus. Gosokkan pada gigi. Hancurkan 2 atau 3 helai daun lalang. Kemudian gosokkan pada gigi. Namun bahan ini berbahaya kerana ia boleh merosakkan gusi dan menimbulkan rasa sakit pada gigi. Oleh itu, anda dinasihatkan supaya tidak mengamalkannya.

Pilihan 5: Hancurkan 2 atau 3 helai daun lalang. Kemudian gosokkan pada gigi.

Pilihan 6: Goreng biji asam jawa tanpa minyak. Kemudian tumbuk sehingga menjadi serbuk dan gosokkan pada gigi. Amalkan selalu.

Pilihan 7: Gunakan abu daun kelapa yang telah dibakar untuk menggosok gigi. Selain itu boleh juga menggunakan kulit manggis yang dibakar dan ditumbuk hingga halus. Gunakan ia seperti ubat gigi. Gigi akan kelihatan putih berseri.

Pilihan 8: Ambil buah pinang dan bakarkan ia hingga menjadi arang, lalu tumbuk sehingga menjadi halus. Gosokkan pinang yang telah ditumbuk tadi ke bahagian gigi anda yang kekuningan atau pun hitam. Lakukan petua ini setiap hari. Anda akan dapati gigi anda akan berubah warna menjadi putih cantik.

Pilihan 9: Gunakan garam halus dicampurkan dengan ubat gigi dan gosokkan anda seperti biasa.

Pilihan 10: Sebelum anda mengosok gigi dengan menggunakan ubat gigi, gosok gigi dengan menggunakan serbuk penaik atau lebih di kenali sebagai sodium bikarbonat terlebih dahulu. Kumur dan gosoklah gigi dengan ubat gigi seperti biasa. Amalkan petua ini seminggu 3 kali. Ia mampu memutihkan gigi dan menghilangkan plak yang amat memalukan dan berbau busuk.

Fizz Fairuz Putus Tunang Sebab Bertunang Dengan Isteri Orang


Pertunangan Fizz Fairuz yang mencetuskan kontroversi sepanjang minggu lalu tidak bertahan lama selepas pelakon ini memutuskan ikatan tersebut pada Ahad lalu selepas rasa tertipu.

Wanita yang menjadi tunang beliau itu untuk smeinggu itu sebenarnya isteri kedua kepada seorang usahawan berusia 40′an dan mereka bernikah di Thailand beberapa tahun yang lalu.


“Saya benar benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang,” ujar Fizz Fairuz kepada Harian Metro hari ini.

“Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku & kehidupan saya seolah olah ‘diatur’ oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun yang lalu,” tambahnya lagi.

“Khamis lalu, saya menerima mesej dari kawan kepada adik wanita tersebut & menjelaskan status sebenar. Malah saya juga sudah berjumpa dengan suami wanita itu pada Sabtu yang lalu”

Fizz Fairuz juga tidak menolak kemungkinan semua yang terjadi ketika ini merupakan buatan orang & Almy Nadia sendiri pernah menasihatkan beliau untuk berubat secara alternatif.

“Kepada semua, saya mohon maaf terutamanya Almy Nadia. Saya tertipu dan sakit sekarang. Ini ujian terbesar sepanjang bergelar anak seni — kepada media kerana tidak menjawab panggilan kerana fikiran berserabut”

Petua Elak Kucing Berak Sesuka Hatinya



1. Jika anda terlihat tempat di mana kucing anda baharu sahaja berak, anda perlu membersihkannya segera. Kucing cenderung pergi ke tempat yang sama berulang-ulang kali. Oleh itu anda perlu bertindak segera. Setelah bersih, bilas dengan menggunakan sedikit air dan cuka. Cuka membantu menghilangkan bau yang tidak menyenangkan.

2. Sediakan kawasan yang berpasir untuk kucing dan ajarkan mereka untuk menggunakannya dengan kerap. Kebanyakan kucing mempunyai kebolehan belajar dengan agak cepat.

3. Bau dari serai tidak disukai kucing. Anda boleh membeli beberapa produk berasaskan serai atau serai wangi di pasaraya berdekatan dan semburkan di kawasan di mana kucing sering berak di dalam rumah. Anda jugaa boleh letakkan sahaja di tempat yang strategik seperti di dalam bilik atau di dapur.

Tuesday, February 12, 2013

Shila Amzah Nafi Lari Daripada Keluarga Kerana Sharnaaz


KUALA LUMPUR - Penyanyi terkenal, Shila Amzah yang dilaporkan hilang selama seminggu menafikan dia cuba melarikan diri ekoran kemelut cinta yang mengaitkannya dengan pelakon Sharnaaz Ahmad.


Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, 23, sebaliknya menjelaskan, dia hanya ingin mencari ketenangan.

Penyanyi itu dalam akaun Twitternya petang semalam berkata: "Kamu tidak tahu apa yang telah saya lalui. Saya tidak melarikan diri, saya hanya ingin tenangkan diri daripada semua orang. Kenapa tidak boleh? Beritahu saya."

Shila bagaimanapun gagal dihubungi untuk penjelasan lanjut.

Bapanya yang juga pelakon, ND Lala, 53, telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pagi kelmarin selepas hampir seminggu kehilangan anak sulungnya itu.

Bagaimanapun, Shila yang popular dengan lagu Patah Seribu serta menjuarai pertandingan Asian Wave 2012 ditemui dalam keadaan selamat oleh bapanya di Kemaman, Terengganu malam kelmarin.

Difahamkan, penyanyi itu menghubungi bapanya selepas berita kehilangannya disiarkan akhbar semalam.

Sumber : Kosmo!

Sunday, February 10, 2013

Segala Keinginan Shila Amzah Ada Dalam Tweetnya


Beberapa jam lalu, Shila Amzah ada membuat beberapa tweet secara berturut-turut dan dalam waktu yang hampir sama.


Tiga daripada tweet itu seperti yang ada di atas jelas memperlihatkan apa yang Shila mahukan pada masa kini.


Secara mudah, keinginan Shila ialah;Dia mahu diberikan peluang untuk membuat keputusan sendiri mengenai masa depan hidupnya. Dia tidak mahu terlalu dikongkong.

Saturday, February 9, 2013

Tanda-Tanda Wanita Itu Tergoda dengan Anda


1. “Dia Tidak Senang Duduk" - Sesetengah wanita biasanya akan menunjukkan petanda awal yang tidak begitu jelas dan kemudian mengharapkan anda untuk mengambil alih peranan seterusnya. Jika anda berjaya mengesan petanda ini, hanya sedikit usaha mampu membuahkan hasil kerana 'pintu'nya telah terbuka untuk anda. Biasanya tanda-tanda awal ini ditunjukkan dengan berjalan mundar-mandir di belakang anda atau tidak sengaja terlanggar bahu sambil menjeling manja. Walaupun dia sekadar mengatakan 'Maaf!', itu adalah petanda yang perlu diberi tindakan segera. 


2. "Tunjuk Minat" - Sewaktu berbicara dengannya, walaupun anda memperkatakan hal tidak munasabah, dia masih memberi komen membina. Setiap isu yang anda timbulkan mendapat sokongan daripadanya. Sama ada anda memang pandai berbicara atau dia menaruh minat mendalam terhadap anda. Lebih jelas lagi jika dia memainkan rambut sambil tersenyum manja setiap kali berbicara. Jika anda kurang yakin dengan maksud tersirat yang cuba disampaikan, dapatkan pandangan rakan yang ada bersama anda. 

3. "Anda Diperkenalkan Kepada Rakannya" - Bermakna anda telah diterima masuk dalam kehidupannya. Salah satu sebab anda diperkenalkan adalah untuk memberitahu rakan-rakannya: 'Ini aku punya', dan satu lagi sebab ialah untuk mereka menilai diri anda. Jadi pastikan anda turut mengambil hati rakan-rakannya, namun jangan sampai dia cemburu. 

4. "Membayangi Anda" - Bukan membayangi seperti mengatasi diri anda, tetapi menjadi seperti bayang-bayang anda. Ke mana sahaja anda pergi, pasti dia akan mengikuti anda. Dia juga menunjukkan minat mendalam terhadap percakapan anda walaupun tiada kena mengena dengan dirinya. Dia sebenarnya sedang lemas dengan keinginannya untuk mendampingi anda. Berikan dia ruang untuk menunjukkan kemahuannya agar tidak 'lemas' lagi. 

5. "Anda Diajak Ke Tempat Lain " - Dia ingin meluangkan masa yang lebih privasi bersama anda. Mungkin untuk berkenalan dengan lebih lanjut atau untuk meluahkan perasaanya terhadap anda. Kata-kata manis dan bicara anda bukan lagi soal utama baginya. Anda menjadi pilihan utama sebagai teman lelaki baginya."

Thursday, February 7, 2013

Petua Melayu Lama Untuk Kuruskan Badan



Pilihan 1: Ambil pokok Dukung Anak, Temulawak dan gula Melaka dan rebuskan bersama. Amalkan ia sebagai minuman harian.

Pilihan 2: Delima Putih - Ambil 2 biji buah delima putih bersama sedikit garam. Bersihkan buah tersebut dan tumbuk sehingga halus. Campurkan 3 sudu makan air masak dan sedikit garam, tapis dan minum 3 kali sehari.

Pilihan 3: Ambil sedikit daun hempedu bumu, daun lagundi dan gula melaka. Gaul kesemua bahan tersebut dan sapukan ke seluruh bahagian tubuh yang berlemak.

Pilihan 4: Ambil lengkuas dan 1 sudu makan madu asli. Tumbuk lengkuas sehingga lumat. Tapiskan dan campurkan dengan madu asli lalu diminum. Amalkan cara ini sehingga terdapat perubahan.

Pilihan 5: Hiris buah pinang nipis-nipis dan jemur sehingga kering. Apabila telah kering, tumbuk hirisan pinang tersebut hingga menjadi serbuk. Ambil ½ sudu teh serbuk buah pinang tersebut dan masukkan ke dalam secawan air panas dan minum 2 kali sehari.

Pilihan 6: Limau nipis buat minuman teh seperti biasa tanpa gula. Sebaliknya tukarkan dengan limau nipis. Minum setiap hari.

Wanita Dari Malaysia Jadi Pelacur Di Sydney


SYDNEY - Seorang wanita dari Malaysia yang dipaksa menjadi pelacur memberitahu sebuah mahkamah Australia bahawa dia diherdik kerana enggan melakukan aksi seks dan dipaksa bekerja 17 jam sehari di sebuah rumah pelacuran di sini, lapor agensi Australian Associated Press semalam.

Mahkamah Daerah Sydney di sini diberitahu semalam bahawa seorang ibu ayam, Wong Chee Mei mengajar wanita tersebut aksi-aksi seks yang perlu dilakukan dan memarahinya selepas seorang pelanggan mengadu dia enggan melakukan beberapa aksi lucah itu.

Chee Mei, 37, mengaku tidak bersalah berhubung dakwaan menjalankan perniagaan melibatkan perkhidmatan seks dan enam pertuduhan mengupah dan mengeksploitasi warga asing dengan melanggar syarat visa mereka.

Mahkamah mendakwa Chee Mei yang juga dikenali sebagai Yoko menguruskan rumah pelacuran Diamonds brothel di Willoughby, utara bandar raya ini antara 2008 hingga 2010.

Mahkamah diberitahu, dia mengupah enam wanita berdarah India yang direkrut di Malaysia dan dihantar ke Australia dengan menggunakan visa pelajar untuk menjadi pelacur.

Sumber : Kosmo!

Wednesday, February 6, 2013

Pelawak Datuk Yahya Sulong, 85, meninggal dunia


PETALING JAYA: Pelawak Datuk Yahya Sulong, 85, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini kira-kira pukul 6.45 petang Rabu.


Berita itu disahkan sendiri oleh isteri Allahyarham iaitu Datin Alisah Ali, 64, ketika dihubungi mStar Online malam Rabu.

Alisah berkata, suaminya dimasukkan ke HKL kira-kira seminggu lalu akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk asma.

Yahya sebelum ini pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana penyakitnya itu termasuklah ke Unit Rawatan Rapi, Hospital Ampang selepas terjatuh di bilik air rumahnya di Bandar Baru Sentul.


Sepanjang penglibatan Allahyarham dalam dunia seni, beliau banyak berlakon filem antaranya Abu Nawas, Gila-Gila, Putus Sudah Kasih Sayang, Da Di Du dan Prebet Lapok.

Yahya pernah berkahwin sebanyak empat kali dan mempunyai 11 orang anak, enam cucu dan dua cicit.

Selain terlibat dalam dunia seni, Yahya pernah bertugas dalam pasukan polis pada tahun 1948 bagi menentang komunis.

Jenazah Allahyarham di jadual dikebumikan di kampungnya di Teluk Intan, Perak pada malam Rabu.

Sumber : http://mstar.com.my & Saiful Apek (Official Fan's Page)

6 Wanita Malaysia Dipaksa Jadi Hamba Seks


MELBOURNE - Seorang wanita yang dituduh mengendalikan rumah pelacuran di Sydney memberitahu mahkamah, enam wanita rakyat Malaysia yang ditahannya dalam kes 'perhambaan seks' perlu melacurkan diri untuk melangsaikan bayaran yang mereka berhutang untuk datang ke Australia.

Semua wanita tersebut dikatakan dipaksa untuk bekerja sebagai pelacur selama 20 jam setiap hari.

Wong Chee Mei, 37, mengaku tidak bersalah terhadap satu pertuduhan perhambaan seks dan enam pertuduhan melanggar visa, termasuk mengeksploitasi pekerja, menurut laporan Australian Associated Press (AAP).

Pada hari pertama perbicaraan kes di Mahkamah Daerah New South Wales di Sydney pada Isnin, Chee Mei yang juga dikenali sebagai Yoko, mengendalikan rumah pelacuran Diamonds di Willoughby di utara Sydney antara Ogos 2008 dan 2010.

Dia didakwa menggaji enam wanita keturunan India yang diambil kerja di Malaysia dan dihantar ke Australia atas visa pelajar.

Pendakwa Raya Carolyn Davenport SC berkata, wanita itu hanya tahu sedikit atau tidak tahu langsung bahasa Inggeris dan mereka diberitahu yang mereka perlu bekerja sehingga selesai melangsaikan kos tiket penerbangan, visa dan yuran kursus berjumlah kira-kira A$5,000.

"Sebaik tiba di negara ini, mereka juga diberitahu jenis perkhidmatan yang perlu mereka lakukan di rumah pelacuran itu," beliau dipetik berkata demikian oleh AAP.

Apabila mereka enggan berbuat demikian, mereka diberitahu yang mereka mesti melakukannya.

Sumber : Kosmo!

Sunday, February 3, 2013

Liyana Jasmay Berhijrah Ke Sabah Demi Suami


KUALA LUMPUR - Selepas menangguhkan perkahwinan mereka pada 24 Januari lalu, pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay akhirnya selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hatinya, Fathuddin Mazlan di Hotel Seri Pacific di sini semalam.


Dengan dua kali lafaz, Fathuddin yang juga seorang ahli perniagaan, sah menjadi suami kepada Liyana yang dikenalinya menerusi seorang rakan setahun lalu.

Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa Liyana, Datuk Jasmay Md. Shah dengan mas kahwin berupa seutas gelang emas bernilai RM5,500 serta hantaran berjumlah RM28,388.

Liyana, 25, dan Fathuddin, 29, yang ditemui sejurus majlis akad nikah itu meluahkan rasa syukur kerana harapan mereka untuk mendirikan rumah tangga tercapai.

"Alhamdulillah, majlis berjalan lancar, kami akan berusaha menjaga keharmonian rumah tangga sekali gus menjadi seorang isteri yang baik," kata Liyana.

Liyana akan menetap di Kota Kinabalu mulai awal bulan depan bagi mengikut suaminya yang menguruskan perniagaan di bandar raya tersebut.

"Walaupun menetap di Sabah, saya tetap ke Kuala Lumpur jika ada hal yang perlu diuruskan," katanya.

Saturday, February 2, 2013

Pak Nil ( Aznil Haji Nawawi ) Dapat Gelaran Datuk


KUALA LUMPUR - Selebriti dan pengacara nombor satu negara, Aznil Nawawi (gambar kecil) dikurniakan darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah semalam.


Aznil merupakan salah seorang daripada 283 penerima anugerah darjah kebesaran, bintang dan pingat yang dikurniakan sempena Hari Wilayah itu.

Duta Khas ke India dan Asia Selatan, Datuk Seri S. Samy Vellu mengetuai senarai penerima pingat dengan dikurniakan Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk Seri Utama pada majlis yang diadakan julung-julung kali di Istana Negara, Jalan Duta di sini.

Menurut Aznil, anugerah yang diterimanya itu adalah pencapaian bermakna buat dirinya selama berkecimpung dalam dunia hiburan.

"Saya bersyukur dengan pengurniaan ini dan ia menjadi penyuntik semangat untuk terus melibatkan diri dalam dunia hiburan dan juga aktiviti kemasyarakatan," katanya di sini semalam.

Dalam pada itu, Tuanku Abdul Halim ketika bertitah pada majlis tersebut mahu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan berada pada kedudukan teratas dalam aspek daya saing global, mesra perniagaan dan indeks kebahagiaan.

"Sudah sampai masanya Wilayah Persekutuan setanding dengan bandar raya tersohor di negara maju," titah Seri Paduka.

Turut berangkat pada majlis itu ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah.

Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Petua Untuk Kurangkan Perut Buncit


Perut anda buncit?


Ukuran badan anda mungkin ok tapi bahagian perut membonjol ke depan. Nak bergaya pon susah. Cubalah petua ni:

Elakkan minum air sambil makan makanan berat seperti nasi dan steak. Minum air setelah selesai makan. Seelok-eloknya minum air setengah jam atau 3 jam kemudiannya.

Minum air kosong (bukan air berperisa) sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Lebih banyak lebih bagus.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------iklan

Sharnaaz Tetap Nikah Shila


PETALING JAYA: Aktor Sharnaaz Ahmad akan tetap berpegang pada pendiriannya untuk menjadikan Shila Amzah sebagai isteri walaupun berkemungkinan cinta mereka mendapat halangan keluarga.

Pemilik nama penuh Sharnaaz Basir Ahmad, 28, itu berkata, dia akan terus menunggu respons positif kedua ibu bapa Shila iaitu ND Lala dan Fauziah Sarman dengan penuh sabar dan hormat bagi melaksanakan niat suci itu.

“Saya masih berpegang teguh pada pendirian dan keputusan untuk melamar Shila walaupun tidak dinafikan ia seperti tidak mendapat restu orang tuanya,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, pada Jumaat.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------iklan

Petua Berhenti Merokok Dengan Berkesan


Mahu berhenti merokok?


Lakukan amalan berikut... InsyaAllah berjaya...

1. Melengah-lengah
Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri anda â€Å“nanti” setiap kali anda ingin merokok.

2. Menarik Nafas Panjang
Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya tiga kali dengan perlahan-lahan.

3. Minum Air Dengan Banyak
Minumlah air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh, kerana minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.

4. Membuat Sesuatu
Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.

Iklan-
Kami Sedia Membeli Emas Baru,Lama,Patah,Rosak Dgn Harga Tertinggi..!! Berminat Untuk Menjual Emas Anda Sila Hubungi : En Azam 0162752000 Seluruh Malaysia.

5. Menguyah Sesuatu
Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah,lobak merah,buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa.

6. Mandi atau Basuh Tangan
Sekiranya berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.

7. Melakukan Senaman Regangan
Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.

8. Memohon Doa
Mohonlah doa kepada Tuhan agar azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya.

Petua Awet Muda | Petua Cantikan Wajah


#iklan - 
Kami Sedia Membeli Emas Baru,Lama,Patah,Rosak Dgn Harga Teringgi..!! 
Call Azam 0162752000 Seluruh Malaysia 

Amalkan minum air suam setiap pagi selepas bangun dari tidur sebelum mengambil sarapan. Mudah sahaja tapi mujarab. Disamping itu, luangkan masa anggaran selama 4 minit sehari untuk amalkan urutan ini:

Gunakan sentuhan yang ringan dengan lembut. Gunakan hanya bahagian jari. Buat dalam gerakan dari bawah ke atas dan dibawa ke luar wajah. Urutan ini perlu disusuli dengan meminum air suam selepasnya. Bagi umat Islam, bacalah bismillah dan selawat 3 kali sebelum minum.

klik gambar untuk kelihatan lebih besar-


Selamat Mencuba :)

Petua Merawat Kulit Anda Terkena Air Panas / Minyak Panas


Kulit anda terkena minyak/air panas?
Cubalah rawat kulit melecur tersebut dengan mana-mana ikhtiar petua di bawah:


1. Sapukan bahagian kulit yang berkenaan dengan sedikit lendir daun lidah buaya / aloevera dan buah manjakani yang telah ditumbuk lumat. 

2. Oleskan kapur sirih pada bahagian yang melecur. Biarkan hingga kering. Setelah kering oleskan lagi. Anda akan terasa selesa tanpa meninggalkan parut.

3. Tepek kopi serta merta pada bahagian yang berkenaan. Anda akan rasa pedih seketika. Selepas anggaran 10 minit tanggalkan. Anda akan dapati kulit tidak melecur atau melepuh.

#iklan - 
Kami Beli Emas Baru,Lama,Patah,Rosak Dgn Harga Tertinggi..!! Call Azam 0162752000

4. Sapukan getah pelepah pisang pada bahagian yang berkenaan dengan sekata. Elakkan terkena air supaya kulit tidak melepuh.

5. Pecahkan sebiji telur dan kacau. Sapukan telur pada bahagian yang berkenaan menggunakan kapas. Apabila kering sapukan lagi.

6. Gosok perlahan-lahan bahagian berkenaan dengan cecair sabun mandi. Lakukan hingga rasa sakit hilang.

7. Sapukan ubat gigi, kicap atau marjerin pada bahagian berkenaan. Biarkan hingga kering. Elakkan dari terkena air anggaran selama setengah jam. Kulit akan berasa sedikit gatal dan mengelupas tetapi tidak mengelembung dan berair.

Selamat mencuba.

Tujuh Kaki Tipu Di Buru Pihak Polis


BATU PAHAT - Enam lelaki dan seorang perempuan menjadi buruan polis selepas mereka disyaki terlibat dengan penipuan membeli barangan menggunakan cek tendang yang nilai kerugian mencecah RM1 juta dalam tempoh setahun lalu di daerah ini.


Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, ketujuh-tujuh suspek yang berusia 30 hingga 60-an itu dilaporkan menjadikan beberapa buah syarikat pembekalan seperti pembekalan tayar lori, minyak pelincir, baja, racun dan kelengkapan perladangan sebagai sasaran.

#iklan - 
Kami Beli Emas Baru,Lama,Patah Rosak Dengan Harga Tertinggi..!! Call Azam 0162752000

Menurut beliau, modus operandi kumpulan suspek yang berasal dari Lembah Klang dan Pulau Pinang itu ialah membeli barangan secara pukal daripada syarikat terbabit dengan pembelian kali pertama akan dibuat secara tunai.

"Urus niaga di syarikat tersebut akan diteruskan buat kali kedua dengan suspek-suspek kemudian menambah kuantiti pembelian barangan sebelum membuat pembayaran menggunakan cek tendang.

"Cek-cek itu pula kebiasaannya menggunakan nama dua buah syarikat yang tiada kaitan dengan suspek-suspek," kata beliau pada sidang akhbar di sini.

Sumber : Kosmo!

Kisah Peguam Dan Saksi


Di dalam sebuah sebuah mahkamah yang sedang membicarakan kes pembunuhan. Seorang peguam sedang menyoal seorang saksi penting. 

Peguam : Awak kenal ini? (sambil menunjukkan gambar mangsa pembunuhan)

Saksi : Kenal tuan.

Peguam : Boleh awak beritahu kepada kami?

Saksi : Itu gambar..., tuan.

Peguam : Bukan, maksud saya orang dalam gambar ni.

Saksi : Oh, itu gambar seorang perempuan, tuan. 

Peguam : (mula tension) Yang aku nak tau nama dia lah bukannyer lelaki ke perempuan!

Saksi : Nama dia Saodah bte Sameon, tuan.

Peguam : Bila kali terakhir awak melihatnya? (meletakkan semula gambar itu di mejanya)

Saksi : Baru kejap tadi tuan.

Peguam : Hahhh!!? Bagaimana awak boleh lihatnya kejap tadi?

Saksi : Sebab tadi tuan tunjukkan gambar tu pada saya.

Peguam : Bukanlah, maksud saya sebelum saya menunjukkan gambar tu.

Saksi : Tak pernah tuan. Saya tak pernah lihat gambar tu sebelum ni.

Peguam : Aku bukan bercakap pasal gambar nieee!!! Aku bercakap pasal mangsa!!! (sambil menikam pennya pada gambar tersebut)

Saksi : Oh! Kali terakhir saya nampak ialah ketika mangsa ditikam, tuan.

Peguam : Boleh kamu tunjukkan siapakah yang menikamnya yang berada dalam mahkamah ini. Adakah lelaki yang berada di kandang tertuduh itu? (sambil mengusap dadanya kerana terlalu bengang)

Saksi : Bukan. (tangannya kemudian ditunjukkan pada peguam tersebut)

Peguam : Hahhh!!! Kenapa awak tunjuk pada saya!!?

Saksi : Baru kejap tadi saya nampak tuan tikam gambar tu dengan pen tuan.

Peguam : ARGHHHHH!!! APA YANG KAU MEREPEK NI SYAITANNN!!! AKU BUKAN CAKAP PASAL GAMBAR TU!!! AKU CAKAP PASAL MANGSA YANG KENA BUNUH TU LAHHHHH!!!!!

10 Teka Teki Lawak Terkini 2013


Soalan 1: Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok apa tumbuh dulu?

Jawapan: Dua-dua tak tumbuh, sebab dia tanam separuh je. Hehehe!!

Soalan 2: Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suami dia bawa isteri tu ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong bijih timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan Fatimah. Kenapa ?

Jawapan: Sebab anak dia tu perempuan

Soalan 3: Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?

Jawapan: Bahrain – bah tu banjir, ‘rain’ tu hujan…

Soalan 4: Kalau kancil dengan rusa berlaga, siapa yang akan mati?
Jawapan: Pemandunya lah yang mati…… kalau kereta kancil dengan rusa berlanggar….mati lah orang tu, kan-kan?

Soalan 5: Kenapa ayam lepas minum dia dongakkan kepala.kalau makan tak pulak?

Jawapan: Sebab dia fikir nak buang air kecil tak boleh-boleh.

Soalan 6: Mula-mula aku buka baju, lepas tu aku sapu bedak, setelah badanku disapu bedak, aku pun terjun kedalam tasik. Lalu aku mandi. setelah selesai mandi, aku pun naik dari tasik. Siapakah aku?

Jawapan: Pisang Goreng

Soalan 7: Haiwan apakah perutnya di kepala, kakinya dikepala,bahkan mata dan mulutnya juga di kepala?

Jawapan: Kutu ler…Sebab memang dok kat kepala orang!

Soalan 8: Apakah hidupan yang masa kecilnya berkaki 4, bila besar berkaki 2 kaki dan bila tua pula berkaki 3?

Jawapan: Manusia! Semasa kecil merangkak, bila besar berjalan dengan dua kaki dan bila tua bertongkat.

Soalan 9: Apakah haiwan yang berkaki 3?

Jawapan: Kuda cacat. Kalau tak cacat pasti kakinya 4.

Soalan 10: Kenapa kebanyakkan motosikal namanya YAMAHA?

Jawapan: Kerana yang menciptanya orang jepun. Kalau arab yang cipta mungkin namanya YAMAHMUD.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts