BLOG FOLLOWERS

Sunday, June 2, 2013

Kontena Hempap Pekerja Sampai Mati

PELABUHAN KLANG – Seorang lelaki warga Myanmar yang mahu memunggah barang menggunakan foklif maut akibat dihempap kontena kosong seberat 10 tan yang diangkut sebuah kren dalam kejadian di kawasan perindustrian Pelabuhan Barat di sini, awal pagi semalam.

Tragedi tersebut berlaku ketika mangsa yang berusia 31 tahun itu mahu melakukan kerjanya di sebuah stor penyimpanan kontena bersama pemandu kren berkenaan yang merupakan warga Bangladesh pada kira-kira pukul 4.20 pagi.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang, Penguasa Kanan Bomba II, Ahmad Zaidi Safuan berkata, siasatan awal mendapati, kontena tersebut terjatuh dan menghempap mangsa setelah pemandu kren tersebut menekan brek secara tiba-tiba.

“Tindakan brek secara mengejut itu menyebabkan kedudukan kontena tersebut tidak stabil lalu jatuh menghempap foklif dipandu mangsa yang secara kebetulan berada di depannya.

“Mangsa mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan beberapa bahagian badan lain manakala pemandu kren terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya kepada Kosmo! Ahad semalam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts