BLOG FOLLOWERS

Saturday, June 8, 2013

Tahniah Beego Dan Linda Hashim Sah Bergelar Suami Isteri

Tahniah Beego Dan Linda Hashim Sah Bergelar Suami Isteri

Pasangan merpati dua sejoli Beego dan Linda Hashim selamat diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri yang sah dengan sekali lafaz di Masjid Usaimah, Wangsa Maju semalam.

Beego atau nama sebenarnya Mohd Aszerul Nizam Abdullah, 33 dinikahkan dengan Norhazlinda Hashim (Linda) oleh Penolong Pendafar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan dan disaksikan oleh bapa Linda iaitu Hashim Yusof dalam upacara jam 9.25 malam semalam.

Pihak lelai membawa 7 dulang hantaran dan dibalas 9 dulang hantaran oleh pihak perempuan. Pengantin perempuan turut menerima RM300 sebagai mas kahwin dan RM35,000 sebagai wang hantaran.






Copy paste : Oh! Artis

Tuesday, June 4, 2013

Seniman S Shamsuddin Meninggal Dunia

Seniman S Shamsuddin Meninggal Dunia

Pelakon komedi era P.Ramlee dan 50-an S Shamsuddin atau dikenali dengan panggilan Sudin meninggal dunia di rumahnya di Bukit Batok Avenue, Jurong, Singapura pada pukul 10.56 pagi ini, menurut sumber anaknya Noredah.

Semoga jasa Allahyarham akan kita kenang sampai bila-bila dan semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin

 (AL-FATIHAH) 

Monday, June 3, 2013

Petua Untuk Badan Langsing Selepas Bersalin

Iklan : Kami Sedia Membeli Emas Baru,lama,patah,rosak dgn harga tertinggi..!!
Berminat Untuk Menjual Emas Anda Sila Hubungi : En Azam 0162752000
Seluruh Semenajung Malaysia :)
-----------------------------------------------------------------------
Petua Untuk Badan Langsing Selepas Bersalin

Ambil 5 halia bara (halia cina), 10 biji lada hitam, dan 30 ekor ikan bilis. 

Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air limau nipis.

 Makan bersama nasi panas pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.


Sunday, June 2, 2013

Perompak Larikan RM218,000 Dalam Mesin ATM

Pasir Mas: Sekali lagi mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik sebuah bank di sini dipecahkan sekumpulan penjenayah sebelum melarikan wang berjumlah RM217,950 di Jalan Masjid Lama, di sini, semalam.


Dalam kejadian itu, penjenayah terbabit dikatakan turut menggunakan kain rentang untuk menutup bahagian cermin berhampiran ATM terbabit ketika melakukan kegiatan mereka.

Saksi, Lim Chung Yau, 53, berkata, dia terkejut apabila mendapati mesin terbabit dipecahkan ketika memulakan operasi perniagaannya berhampiran Bangunan Tabung Haji, jam 9 pagi.

“Pada mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa, namun terkejut mendapati orang ramai mula mengerumuni kawasan itu.

“Keadaan malam di kawasan sini sunyi dan mungkin sebab itu penjenayah mudah mengambil peluang melarikan wang dalam mesin ATM,” katanya.

Sumber : Harian Metro 

Kontena Hempap Pekerja Sampai Mati

PELABUHAN KLANG – Seorang lelaki warga Myanmar yang mahu memunggah barang menggunakan foklif maut akibat dihempap kontena kosong seberat 10 tan yang diangkut sebuah kren dalam kejadian di kawasan perindustrian Pelabuhan Barat di sini, awal pagi semalam.

Tragedi tersebut berlaku ketika mangsa yang berusia 31 tahun itu mahu melakukan kerjanya di sebuah stor penyimpanan kontena bersama pemandu kren berkenaan yang merupakan warga Bangladesh pada kira-kira pukul 4.20 pagi.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang, Penguasa Kanan Bomba II, Ahmad Zaidi Safuan berkata, siasatan awal mendapati, kontena tersebut terjatuh dan menghempap mangsa setelah pemandu kren tersebut menekan brek secara tiba-tiba.

“Tindakan brek secara mengejut itu menyebabkan kedudukan kontena tersebut tidak stabil lalu jatuh menghempap foklif dipandu mangsa yang secara kebetulan berada di depannya.

“Mangsa mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan beberapa bahagian badan lain manakala pemandu kren terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya kepada Kosmo! Ahad semalam.

Saturday, June 1, 2013

Pergaduhan Di Pasir Pekan Kelantan 5 Vs 1 Guna Pedang Samurai

Budak Sekolah Gaduh Dgn Pengetua Siap Bagi Penumbuk Sekali..!!

20 TIPS KURUS MUDAH & BERKESAN

20 TIPS KURUS MUDAH & BERKESAN

1. Mulakan hari anda dengan menu dan jumlah sarapan yang mencukupi. Ini akan membantu mengurangkan jumlah kalori sepanjang hari. 

2. Pastikan setengah hidangan untuk makan tengahari dan makan malam mengandungi sayuran dan buahbuahan 

3. Makanlah sedikit sebelum anda menghadiri majlis makan malam. Ambillah telur rebus, epal dan minumlah teh sebelum ke majlis tersebut. Ini akan mengurangkan nafsu makan di majlis itu 

4. Tambahkan satu hidangan untuk buahbuahan dan sayuran pada menu anda. Jika anda sudah lakukan, anda boleh tambahkan hidangan ini sehingga lapan  hidangan sehari untuk sayuran dan buahbuahan.

5. Untuk setiap hidangan, jangan sesekali menggunakan pinggan yang besar. Gunalah piring salad setiap kali anda makan tengahari dan makan malam

6. Ambillah hidangan sup yang lebih banyak. Sup biasanya rendah kalori dan membuatkan anda cepat kenyang.

7. Bawalah bekal ke pejabat. Ini untuk  membantu mengelakkan anda makan tengahari secara berlebihan.

8. Cubalah untuk tidak mengambil gula selama dua minggu. Mesti rasanya luar biasa dan menutup nafsu makan anda. Namun, jika anda bertahan, pasti akan menjadi kebiasaan. 

9. Jangan ‘jadikan’diri anda gemuk dengan ‘memenuhi’  permintaan perut.Anda masih boleh mengambil 600 kalori dengan biskut atau bijirin tanpa anda sedari.

10. Jika anda suka mengunyah ketika stres, inilah masanya untuk berubah. Anda harus fokus mencari cara lain yang lebih sihat. Carilah jalan untuk mengatasi stres tanpa melibatkan makanan. 

11. Berusahalah untuk mengambil menu  rendah kalori sebelum mengambil hidangan lain. Mulakan dengan salad, sayuran dan sup. Apabila tiba pada makanan utama, sudah tentu perut anda penuh untuk menerima menu tinggi kalori 

12. Ambillah sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Sebahagian dari anda suka hobi makan di tengah malam. Ini adalah cara mereka yang makan tidak teratur atau suka mengambil makanan tidak seimbang. 

13. Jadikan makanan sebagai hidangan yang mempunyai tujuan iaitu ‘hidup sihat’. Nikmatilah makanan itu dan yakin bahawa makanan itu akan memberikan nutrisi pada badan anda. 

14. Ubahlah jadual makan malam anda. Kalau kebiasaan anda suka mengunyah, cubalah kurangkan sedikit demi sedikit. Lama kelamaan ia akan membuatkan tangan dan fikiran andalupa pada snek malam.

15. Jadikan aerobik sebagai aktiviti yang menyenangkan. Ajaklah keluarga untuk bergerak dengan muzik kegemaran anda 

16. Tulis di atas sekeping kertas ‘tutup selepas makan malam’. Tampalkan di pintu peti

17. Gosoklah gigi selepas waktu makan malam. Ini untuk mengingatkan anda bahawa waktu makan sudah habis.

18. Bersenamlah dan jadikan ia sebagai kegiatan yang menyihatkan.

19. Makanlah ketika tiba waktu makan. Jangan sesekali melakukan perkara lain pada waktu makan seperti membaca, menonton televisyen atau melayari internet.

20. Sebelum anda membeli belah, berjalanlah sebanyak tiga pusingan di pusat membeli belah tersebut.

Seorang peniaga sayur warga Myanmar maut selepas diserang sekumpulan lelaki menggunakan parang

Kuala Lumpur: Seorang peniaga sayur warga Myanmar maut selepas diserang sekumpulan lelaki menggunakan parang ketika sedang menaiki motosikal bersama seorang rakannya dalam kejadian di pekarangan tempat letak kereta Pasar Borong Selayang Baru, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.15 malam itu, mangsa dikenali sebagai Nasir, 40-an, mati di tempat kejadian selepas cedera parah akibat ditetak di beberapa bahagian badan manakala rakannya mengalami cedera ringan.


Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Othman Abu Bakar ketika dihubungi berkata, ketika kejadian, mangsa sedang menaiki motosikal bersama rakannya dan dalam perjalanan untuk ke tempat kerjanya di pasar berkenaan apabila tiba-tiba diserang sekumpulan lelaki.

“Hasil pemeriksaan awal polis, terdapat enam kesan tetakan di seluruh badan mangsa termasuk di tangan kanannya yang hampir putus.

“Dipercayai ketika kejadian ramai orang awam berada di kawasan parkir itu, namun sebaik saja melihat kejadian, mereka terus lari menyelamatkan diri,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat manakala rakan mangsa turut dihantar di hospital sama untuk rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh. Beliau turut meminta saksi kejadian agar tampil menyalurkan maklumat.

Bobo - Saya Tak Gedik..!!

Kuala Lumpur: “Saya tahu ada orang yang suka dan ada yang tidak melihat mimik muka yang saya gayakan dalam beberapa video di Youtube.

“Mungkin orang beranggapan saya ‘gedik’ ataupun gila namun saya tidak kisah mengenainya kerana niat ini sekadar bergembira,” kata bakat baru naungan Metrowealth Movies Production (MIG), Mohamad Farezzul Mohamad Kasim, 20 atau lebih dikenali sebagai Bobo.


Bobo sebelum bergelar artis terlebih dulu mencuba nasibnya apabila memuat naik beberapa video di Youtube dengan meniru gaya artis terkenal antaranya Misha Omar, Stacy dan penyanyi Indonesia, Shae.

Tindakannya itu akhirnya membuahkan hasil apabila MIG tertarik pada aksinya sebelum menawarkan beberapa lakonan disebabkan video dimuat naik dilayari ratusan ribu hingga jutaan penonton.

Namun di sebalik kejayaannya, Bobo turut dicemuh banyak pihak apabila ada antara mereka menyifatkannya sebagai ‘pondan gedik’ yang sekadar mencari publisiti murahan.

Wan Nor Azlin Gagal Saman Bapa


KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak permohonan pelakon drama, Wan Nor Azlin untuk membatalkan saman bapanya, Wan Mohd. Husain Wan Ibrahim yang memohon perintah supaya mengosongkan rumah harta sepencarian bersama arwah ibunya di Sri Keramat di sini.

Hakim Rosilah Yop menolak permohonan Wan Nor Azlin dengan kos sebanyak RM2,000 dalam kamar beliau di sini semalam.

Peguam Nuraini Atiqah Abdul Aziz yang mewakili Wan Nor Azlin, 45, dan Razila Rashid bagi pihak Wan Mohd. Husain, 76, hadir mendengar keputusan itu.

Sementara itu Nuraini ketika ditemui berkata, mahkamah membuat keputusannya selepas memutuskan bahawa Mahkamah Sivil mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes saman itu.

Dalam permohonannya untuk membatalkan saman difailkan Wan Mohd. Husain pada 20 Mac lalu, Wan Nor Azlin berkata, mahkamah tiada bidang kuasa ke atasnya kerana terdapat perintah injunksi ex-parte (sebelah pihak) daripada Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam berhubung tuntutan bapanya.

Sumber : kosmo!

Rompak Kedai Mamak Shah Alam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts