BLOG FOLLOWERS

Tuesday, May 28, 2013

Rita Rudaini perkenalkan 'Datuk S'

BERKESEMPATAN bertemu dengan pelakon Rita Rudaini pada sambutan ulang tahun pertama Astro Mustika HD, Sabtu lalu, kelihatan wajah pelakon itu nampak lebih cantik.


Rita berkata, perubahan yang berlaku pada wajahnya itu sebenarnya merupakan hasil pengambilan produk kecantikan yang dikeluarkannya sendiri iaitu RS Collagen.

Menariknya, sebelum ini pernah timbul dakwaan mengatakan pelakon yang popular menerusi drama Sehangat Asmara itu telah ditaja oleh seseorang yang dikenali sebagai Datuk S bagi mengeluarkan produk berkenaan.

Pada majlis itu juga, pelakon yang masih lagi berhadapan dengan kes mahkamah melibatkan isu rumah tangganya dengan suaminya, pemain bola sepak Aidil Zafuan Abd. Radzak itu, turut ditemani serta memperkenalkan ‘Datuk S’ kepada media.

Kosmo!: Khabarnya Rita sekarang sudah terbabit dalam bidang perniagaan, boleh ceritakan tentang produk yang dijual?

RITA: Beberapa bulan yang lalu, saya telah memulakan perniagaan produk kecantikan dan penjagaan kulit dengan menggunakan nama RS Collagen dan menjalankan kerjasama dengan rakan baik saya iaitu Saleha.

Adakah benar dakwaan yang mengatakan Rita telah ditaja oleh 'Datuk S'?

Sebenarnya dakwaan itu memang tidak benar kerana 'Datuk S' yang dimaksudkan ialah rakan baik saya sendiri yang turut menemani saya pada majlis ini.

Apabila menjalankan perkongsian untuk mengeluarkan dan menjual produk ini kami menggunakan nama RS Collagen yang merupakan gabungan nama kami iaitu Rita dan Saleha. Buat masa ini, kami menjualnya menerusi dalam talian dengan menggunakan Facebook dan Instagram.

Pada pandangan Rita, apakah yang menyebabkan dakwaan tentang ditaja 'Datuk S' ini timbul?

Saya beranggapan bahawa semuanya berpunca daripada status saya sekarang ini sehingga timbul pelbagai cerita yang kurang baik, termasuk dakwaan ditaja oleh seorang lelaki berpangkat Datuk.

Jadi, saya berasakan biarlah apa yang orang hendak cakap kerana lebih baik saya tumpu kepada kerjaya lakonan serta perniagaan yang sedang berkembang memandangkan produk RS Collagen ini semakin mendapat sambutan ramai.

Bercerita tentang peribadi pula, adakah Rita tidak tertekan apabila kes bersama suami masih lagi belum selesai?

Secara jujurnya saya sudah lali dengan apa yang berlaku dan tidak kisah kalau ia berlarutan sehingga 10 tahun. Seboleh-bolehnya saya tidak mahu mengalah kerana ingin membuktikan saya berada di pihak yang benar.

Lagipun, masalah rumah tangga saya ini langsung tidak menjejaskan karier lakonan memandangkan semakin banyak tawaran yang diterima dan kini rezeki saya semakin bertambah dengan perniagaan yang dijalankan ini.

Kalau asyik fikirkan masalah rumah tangga sepanjang masa sehingga membuatkan diri sendiri tertekan pun tidak guna kerana saya juga memiliki tanggungjawab yang lebih besar iaitu membesarkan kedua-dua anak saya.

Apakah aktiviti lakonan terbaharu Rita sekarang?

Selepas membintangi drama bersiri Sehangat Asmara saya lebih kerap menerima tawaran berlakon telemovie. Pada bulan hadapan saya akan berlakon dalam sebuah drama berjudul Safa Ke Marwah yang diarahkan oleh Rashid Sibir.

Monday, May 27, 2013

sharifah sakinah : Mendajal Mcd

1 maut ditembak, 1 parah ditetak

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa, B Santanam, 28, bersama 20 rakannya berada di premis berkenaan untuk menyambut hari lahir seorang daripada ahli kumpulan mereka. 

Sewaktu meraikan majlis itu, mereka didatangi kira-kira 10 lelaki yang bersenjatakan pistol dan parang sebelum berlaku pergaduhan antara mereka. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara Superintendan Jani Ahmad berkata, akibat daripada pergaduhan itu, seorang lelaki daripada kumpulan yang menyerang melepaskan tembakan dan terkena rusuk kiri mangsa manakala rakannya dari kumpulan yang sama cedera parah dan kini dilaporkan koma selepas ditetak sehingga menyebabkan telinga kanannya hampir putus.

Menurutnya, kedua-dua mereka dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, untuk rawatan lanjut dan mangsa yang terkena tembakan disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh.

Sumber : Harian Metro 

Saturday, May 25, 2013

Gambar Ayahanda Kawasan Gombak Ayah Tyson Cedera Ditetak





Gombak: Seorang penjual telefon bimbit parah selepas dibelasah dan ditetak dengan parang oleh tiga lelaki dalam kejadian di gerai makan di sini, kelmarin.

Berikutan kejadian itu, mangsa yang berusia 47 tahun dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, dalam kejadian jam 12.30 malam itu, mangsa bersama dua rakan lelakinya sedang makan di Melati Setia Tomyam, di sini.

Bagaimanapun, tiba-tiba datang tiga lelaki tidak dikenali membawa parang dan kayu besbol terus menyerang mangsa dari arah belakang menyebabkan berlaku pergaduhan.

“Ketika kejadian itu, hanya mangsa saja diserang dan ditetak bertubi- tubi pada anggota badan manakala dua rakannya tidak diapa-apakan.

“Selepas beberapa minit membelasah mangsa, semua suspek melarikan diri dengan kereta yang diletakkan berhampiran kawasan kejadian,” katanya.

Abdul Rahim berkata, mangsa yang parah dihantar ke HKL oleh rakannya selepas tidak sedarkan diri.
------------------------------------------------------------------------------------

Gombak rpt 3927/13 bertarikh 22/05/13@ 0245hrs.

Sek 324KK I.O: Insp Farouq

Pengadu Mohd Fadli b Yusoff (46 thn)(penghantar surat)

Pada jam l/kurang 0030hrs 22/05/13, semasa pengadu sdg mkn di Melati Setia Tomyam, gombak setia bersama kawan nama Jali@Tyson dan seorg lg kawan jali. Tiba-tiba datang 2/L/melayu dan 1/L/cina membawa parang dan kayu telah serang jali dari arah belakang. Jali cedera di belakang badan bahu kiri dan kanan, tangan kanan dan peha kanan. Saspek kemudiannya melarikan diri menaiki sebuah m/kar jenis dan no. Pendaftaran tak pasti warna gelap. Ambulans telah membawa mangsa ke HKL.

Temubual awal dgn mangsa di HKl dapati mangsa

Nama: Zazali b Safri 661223-10-6207

Kerja : Berniaga handphone.

Menurut doktor yg merawat mangsa terdapat 10 "slash wounds" pd badan mangsa; 6 dibelakang bada, 1 pada bahu kanan dan 1 pd bahu kiri,1 pada pergelangan tangan kanan dan 1 lagi pada peha kanan. Mangsa tidak kenal saspek dan tidak pasti motif saspek kerana tiada bermusuh dgn sesiapa. Mangsa adalah ayahanda kawasan gombak (ayah tyson).

Friday, May 17, 2013

Gurauan Yang Membawa Maut



Gurauan Yang Membawa Maut

Pelakon Terkenal Shah Jasle Ditangkap Khalwat Di Shah Alam..?

Pagi td admin terdengar radio dengar2 ada seorang pelakon terkenal nie kena tangkap khalwat dekat shah alam..tapi admin belum tau lagi sapa..cuma ada baca2 kat fb yg mengatakan shah jasle yang di tangkap.. apa2 pun nanti admin post kan berita sebenar ye.. tq

Thursday, May 16, 2013

Lawak Pecah Perut , Silap Mata Jepun Hahahaha..


Lawak Pecah Perut , Silap Mata Jepun Hahahaha..

Rahsia Membaca Al_Quran


Rahsia Membaca Al_Quran


a. Setengah orang alim berpendapat bahawa membaca Al-Quran merupakan cara yang paling mujarab untuk memperkuatkan ingatan dan memudahkan hafalan. Bahkan inilah kaedah yang paling utama. Kata-kata hikamah Arab menegaskan "Tiada sesuatu yang lebih menguatkan ingatan seseorang selain daripada membaca Al-Quran dengan melihat (mashaf Al-Quran)." Seorang cendiakawan Islam berujar, "Orang yang mengamalkan membaca Al-Quran akan sentiasa sihat akalnya walaupun dia berumur 200 tahun." "Jarang berlaku orang yang konsisten (selalu) membaca Al-Quran pada setiap hari, berpenyakit nyanyuk apabila telah tua, malah mereka tidak perlu memakai cermin mata.".

b. Kesan membaca Al-Quran dari segi kesihatan sungguh besar. Dengan membaca Al-Quran secara automatiknya kita melakukan senaman muka, leher, kerongkong dan fikiran. Prof. Arnold Ehret, pengasas kepada Sistem Perubatan "Ehretisme" dan "Mucusless Diet Healing" melaporkan bahawa menurut pendapat dan pengalaman peribadinya bahawa sebaik-baik latihan jasmani untuk kesihatan dan penyembuhan ialah menyanyi. Al-Quran pun merupakan sejenis 'nyanyian' kerana Rasullullah s.a.w. menyuruh umatnya membaca dengan berlagu, atau dengan kata lain ialah dengan menyanyi. Prof. Arnold mengakui bahawa apabila seseorang itu bernyanyi atau berlagu dengan fikiran khusyuk dan penuh perasaan, maka ia akan menjadi perhubungan dan rangsangan dari tempat sebutannya kepada organ-organ dalaman. Ia merupakan sejenis rangsangan yang terbagus kepada organ-organ dan membentuk ketenangan kepada berjuta-juta saraf di dalam tubuh.

c. Apabila membaca Al-Quran, otot-otot di muka dan leher akan bergerak-gerak dan terurut. Pergrakan otot-otot di seluruh muka dan leher akan menyegarkan wajah dan menghindarkan penyakit-penyakit yang menyerang muka seperti 'Bell's Palsy' iaitu sejenis penyakit lumpuh pada bahagian muka. Membaca Al-Quran juga akan menegangkan kulit dan sekaligus sebagai awet muda. Yang penting sekali, ia melatih otak kita kepada konsentrasi fikiran (concentration of the mind) di mana kekuatan konsentrasi ini amat diperlukan untuk belajar dan mengingat.

Sharifah Sakina - dengan keek baru BBQ BIRD BIRD



Sharifah Sakina - dengan keek baru BBQ BIRD BIRD

Wednesday, May 15, 2013

Ibu Bersumpah Tidak Pernah Halau Afiq Muiz Keluar Rumah


Afiq Muiz mendakwa ibu beliau tidak pernah menyayangi dirinya selain kerana duit dan ibunya telah memaki hamun juga menghalau beliau keluar dari rumah dengan gelaran anak derhaka dan anak tidak guna.



Menerusi Harian Metro hari ini, ibu Afiz Muiz tampil memberikan penjelasan yang beliau tidak pernah menyifatkan anaknya itu sebagai seorang anak derhaka selain menafikan pernah mengusir pelakon itu.

“Demi Allah saya tidak pernah usir Afiq keluar, tetapi dia memilih keluar rumah selepas menyatakan tidak selesa berada di rumah kami yang kecil”

“Saya tidak pernah meminta wang daripada Afiq dan hanya Allah tahu bagaimana susah payah saya membesarkan dia & anak-anak lain”

“Saya tidak pernah menyifatkan Afiq anak derhaka, tetapi berdoa dia kembali menjadi Afiq yang dulu. Seorang yang lemah-lembut, sayangkan keluarga dan memikirkan semula matlamat asal bergelar pelakon,” tambah ibu Afiq Muiz yang mengakui tidak bersetuju dengan hubungan pelakon itu dengan Eina Azman.

Sumber -->> Harian Metro 

Rekod! inilah tangan terpantas menyusun cawan di dunia!


Rekod! inilah tangan terpantas menyusun cawan di dunia!

Monday, May 13, 2013

Cucu Derhaka Di Tahan Polis Selepas Meninju Neneknya Sampai Mati.


KOTA BHARU - Seorang pemuda berusia 35 tahun yang disyaki meninju muka neneknya sampai mati manakala ibunya turut dicederakan sehingga terlantar di hospital direman selama seminggu bermula semalam.

Perintah tahanan reman ke atasnya dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kota Bharu, Aimi Mat Jahari di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Pemangku Superintendan Zaharudin Rasip berkata, suspek direman selama tujuh hari iaitu sehingga 18 Mei ini.

"Suspek disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki membunuh dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

"Tiada perkembangan baharu setakat ini dan punca suspek bertindak ganas masih disiasat," kata beliau ketika dihubungi semalam.

Kelmarin, seorang warga emas berusia 84 tahun mati dalam keadaan menyayat hati selepas ditumbuk beberapa kali di muka oleh cucunya di Kampung Pasir Pekan Hilir, Tumpat.

Sumber : Kosmo! 13/05/2013

Sunday, May 12, 2013

50 Teka Teki Untuk Anda - Fuyoo Media

Soalan 50: Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?

Jawapan: Penguin

Soalan 49: Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pulak?

Jawapan: PATAH BALIK laaa, benggang pasal titi tu dah patah.

Soalan 48: Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut?

Jawapan: Stokin tu basah lah….

Soalan 47: Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan?

Jawapan: Telur

Soalan 46: Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan.

Jawapan: Kuih Donut

Soalan 45: Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai?

Jawapan: Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab dibawa belayar dan buah cempedak sebab diluar pagar.(berdasarkan pantun melayu)

Soalan 44: Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah merana. Apakah ia?

Jawapan: Pengail yang dapat ikan.

Soalan 43: Aku berjalan di tepi pantai, diatas pasir tanpa mencecah air. Bila ku toleh kebelakang, tiada kesan tapak kakiku. Kenapa?

Jawapan: Aku berjalan secara mengundur!

Soalan 43: Seekor lembu menghadap utara, kemudian pusing kekanan 180 darjah, kemudian 270 darjah kekiri. Kearah mana lembu itu menghadap sekarang?

Jawapan: Kebawah! Ia masih tetap menghadap ke bawah dan memakan rumput.

Soalan 42: Bila loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apa yang akan turun dahulu?

Jawapan: Spedometer bas lah…

Soalan 41: Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?

Jawapan: Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh dulu baru naik.

Soalan 40: Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya ditutup ?

Jawapan: Kalau matanya yang ditutup, dia tak dapat melihat!

Soalan 39: Kenapa mayat dibungkus kain putih?

Jawapan: Kalau dibungkus dengan kain hitam , siapa takut!!!!

Soalan 38: Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam,dan kambing jadi ayam. maka ayam menjadi apa?

Jawapan: Ayam jadi banyaklah bilangannya.

Soalan 37: Panjang mana ekor tikus dengan ekor kuda?

Jawapan: Panjang ekor tikus, karena tikus kalau berjalan ekornya menyentuh tanah.

Soalan 36: Kenapa di tepi rel keretaapi ditaruh batu kerikil?

Jawapan: Kerana kalau ditaruh pisang goreng pasti jadi rebutan.

Soalan 35: Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?

Jawapan: Lampu jiran tetangga kita. Cobalah pecahkan, nanti akan keluar orangnya.

Soalan 34: Kalau ditutup dia akan mengintai,tapi kalau dibuka dia akan marah-marah?

Jawapan: Orang naik beca semasa hujan

Soalan 33: Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita jalan dia pun ikut sama. Nak tinggal tak boleh pulak tu.

Jawapan: Tapak kaki kitalah.

Soalan 32: Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala, sedangkan profesor dibahagian depan?

Jawapan: Kerana guru sejarah memikirkan masa lampau,sedang profesor memikir untuk masa depan.

Soalan 31: Apakah benar kita bakal sial jika jumpa dengan kucing hitam?

Jawapan: Ia bergantung kepada kedudukan anda samaada anda manusia atau tikus!

Soalan 30: Kenapa kecantikan lebih penting bagi seorang perempuan dibandingkan dengan kepintarannya?

Jawapan: Sebab lelaki yang bodoh jumlahnya lebih banyak dibandingkan lelaki yang buta.

Soalan 29: Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura panjat pokok nampak apa?

Jawapan: Nampak pembohongnya, Sebab kura-kura mana boleh panjat pokok.

Soalan 28: Apakah yang berada diantara langit dan bumi.

Jawapan: Mungkin ada banyak jawapan, tapi kat sini jawapan yang dikehendaki adalah “dan”

Soalan 27:Apakah benda bertali yang apabila kita pegang, ia akan mati, tetapi bila dilepaskan ia akan hidup, namun akan mati juga bila dibiarkan lama-lama?

Jawapan: Gasing! Tak kiralah gasing cina ke gasing melayu ke semuanya sama.

Soalan 26:Apabila suami dapat, maka isterinya pun dapat sama, tetapi bila si isteri yang dapat, si suami tak mendapat sama. Apakah perkara itu?

Jawapan: Gelaran Dato, Bila Suami mendapat gelaran Dato, Isteri akan dapat gelaran Datin, Tetapi bila Isteri mendapat gelaran Dato, suami tidak mendapat sama.

Soalan 25:Jika sebatang pokok dipotong akan menjadi semakin rendah, apakah bendanya yang semakin dipotong semakin menjadi tinggi?

Jawapan:Seluar panjang. Bila dipotong ianya akan semakin tinggi.

Soalan 24: Tulang seperti ikan, jinjang seperti zirafah. Kadang di atas, kadang di bawah. Kalau salah kedudukan boleh kabur pandangan, kurang pendengaran.

Jawapan: Antena TV. Kadang orang pasang kat atas bumbung, kadang pacak jer kat tanah, kalau kedudukan tak betul, gambar pun kabur, suara pun tak ada….

Soalan 23: Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, buang apa?

Jawapan: Buang tebiat

Soalan 22: Batang apa berlubang-lubang, Tirus di atas di bawah Kembang, Terkadang tegak terkadang tumbang, celaka benar kalau ditebang.

Jawapan: Batang hidung engkaulah!

Soalan 21: Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok apa tumbuh dulu?

Jawapan: Dua-dua tak tumbuh, sebab dia tanam separuh je. Hehehe!!

Soalan 20: Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suami dia bawa isteri tu ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong bijih timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan Fatimah. Kenapa ?

Jawapan: Sebab anak dia tu perempuan

Soalan 19: Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?

Jawapan: Bahrain – bah tu banjir, ‘rain’ tu hujan…

Soalan 18: Kalau kancil dengan rusa berlaga, siapa yang akan mati?
Jawapan: Pemandunya lah yang mati…… kalau kereta kancil dengan rusa berlanggar….mati lah orang tu, kan-kan?

Soalan 17: Kenapa ayam lepas minum dia dongakkan kepala.kalau makan tak pulak?

Jawapan: Sebab dia fikir nak buang air kecil tak boleh-boleh.

Soalan 16: Mula-mula aku buka baju, lepas tu aku sapu bedak, setelah badanku disapu bedak, aku pun terjun kedalam tasik. Lalu aku mandi. setelah selesai mandi, aku pun naik dari tasik. Siapakah aku?

Jawapan: Pisang Goreng

Soalan 15: Haiwan apakah perutnya di kepala, kakinya dikepala,bahkan mata dan mulutnya juga di kepala?

Jawapan: Kutu ler…Sebab memang dok kat kepala orang!

Soalan 14: Apakah hidupan yang masa kecilnya berkaki 4, bila besar berkaki 2 kaki dan bila tua pula berkaki 3?

Jawapan: Manusia! Semasa kecil merangkak, bila besar berjalan dengan dua kaki dan bila tua bertongkat.

Soalan 13: Apakah haiwan yang berkaki 3?

Jawapan: Kuda cacat. Kalau tak cacat pasti kakinya 4.

Soalan 12: Kenapa kebanyakkan motosikal namanya YAMAHA?

Jawapan: Kerana yang menciptanya orang jepun. Kalau arab yang cipta mungkin namanya YAMAHMUD.

Soalan 11: Apa perbezaan antara orang kurus dan orang gemuk?

Jawapan: Orang kurus makan hati, orang gemuk makan tempat.

Soalan 10: Haiwan apakah yang paling tidak sopan?

Jawapan: Kutu, kerana sering memijak-mijak kepala orang.

Soalan 09: Kenapa koboi mexico kalau berjalan sering membawa gitar?

Jawapan: Takkan nak bawak piano pulak! besar tuh!

Soalan 08: Seorang lelaki memakai pakaian serba hitam, seluar hitam, kasut hitam, sarung kaki hitam, sarung tangan hitam, dan kacamata hitam. Ia berjalan di sebuah lorong hitam. Seluruh lampu di lorong itu padam. Kemudian, sebuah kenderaan berwarna hitam dengan lampu yang juga padam meluncur memasuki lorong. Namun tepat di depan lelaki itu kenderaan berhenti. Bagaimana mungkin pemandu kenderaan itu boleh melihat lelaki serba hitam itu?

Jawapan: Waktu itu adalah siang hari bukannya malam!

Soalan 07: Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan berkepala hitam, Apa tu?

Jawapan: Anak mancis daaa.

Soalan 06: Ada sebuah laut besar, dekat laut ada kapal besar, dalam kapal besar ada rumah besar, dalam rumah besar ada orang besar, antara bebanyak ni apa paling besar?

Jawapan: Orang tu le penipu besar, mana ada rumah dalam kapal… ha…ha…ha..

Soalan 05: Apa yang terjadi jika Graham Bell tidak menciptakan telefon?

Jawapan: Perjalanan anda tidak akan terganggu oleh kerja-kerja menggali jalan oleh TELEKOM

Soalan 04: 10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masaalah,namun 4 ekor burung telah jatuh kebumi. Soalannya: Kenapa 4 ekor burung itu jatuh kebumi?

Jawapan 04: Kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan menyebabkan ia tidak dapat terbang seperti biasa.

Soalan 03: Binatang apakah yang paling kaya didunia?

Jawapan: Beruang (sebab binatang ni ber wang)

Soalan 02: Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris?

Jawapan: Ikan Belukang kerana “Blue” adalah perkataan inggeris, “Kang” adalah perkataan Jawa.

Lagi satu soalan, anda berikan di bawah ye?! Dah habis idea..

Koleksi Gambar Lawak Terkini | Hiburan | Majalah | Informasi | Berita | Gosip






Saturday, May 11, 2013

Pencuri Di Sebuah Hotel Ketika Penjaga Kaunter Sedang Tidur


Pencuri Di Sebuah Hotel Ketika Penjaga Kaunter Sedang Tidur

Kemalangan Yang Berjaya Dirakam...


Kemalangan Yang Berjaya Dirakam...

Penarik Kereta Bergaduh Mati Kena Tiga Das Tembakan


ALOR SETAR – Seorang penarik kereta maut terkena tiga das tembakan dalam satu pergaduhan berhampiran rumahnya di tingkat lima Flat Taman Setia Jaya di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah malam, M. Nagenthiran, 30, ditemui mati terbaring di koridor flat itu yang jaraknya hanya kira-kira 15 meter dari rumahnya.

Mayat mangsa yang terkena satu tembakan di kepala dan dua tembakan di belakang badan ditemui oleh seorang penghuni di flat itu yang kemudian memaklumkan kepada polis.

Isteri Nagenthiran, G. Parameswary, 29, berkata, ketika kejadian dia sedang tidur bersama dua orang anak mereka yang berumur tiga dan lima tahun dan tidak mendengar bunyi bising di luar rumah.

“Saya hanya tahu tentang kejadian selepas seorang anggota polis datang ke rumah dan memberitahu suami saya telah mati,” katanya ketika ditemui di flat itu semalam.

Penarik kereta bergaduh mati kena tiga das tembakan

Gaduh Di Mcdonal - Lelaki Vs Perempuan


Gaduh Di Mcdonal - Lelaki Vs Perempuan 

Thursday, May 9, 2013

Parody : Luahan Hati untuk Hero Melaka Tok Abu Pitam



Parody : Luahan Hati untuk Hero Melaka Tok Abu Pitam

Bapa Bunuh Diri Selepas Kematian Anaknya


Bapa Bunuh Diri Selepas Kematian Anaknya

Lawak Zizan Wakaf Chek Yeh 52,755 View Sehari.?


Lawak Zizan Wakaf Chek Yeh 52,755 View Sehari.?

Pak Arab Fasih Cakap Bahasa Kelantan


Pak Arab Fasih Cakap Bahasa Kelantan

Luahan Hati Untuk Hero Kesayangan Melaka


Iklan Emas Kajang 

Kami Sedia Membeli Emas Dan SuratPajak Dgn Harga Tertinggi..!!
Berminat Untuk Pertantaan Sila Hubungi : 03-87379327 
Seluruh Malaysia.
---------------------------------------------------------------------------


Luahan Hati Untuk Hero Kesayangan Melaka

Wednesday, May 8, 2013

SIARAN LANGSUNG DARI KELANA JAYA


UNTUK MENONTON 

Berhati-Hati Ketika Anda Mengeluarkan Wang Anda Di Mesin ATM


Iklan Emas Kajang 

Kami Sedia Membeli Emas Dan SuratPajak Dgn Harga Tertinggi..!!
Berminat Untuk Pertantaan Sila Hubungi : 03-87379327 
Seluruh Malaysia.
---------------------------------------------------------------------------

Tuesday, May 7, 2013

Peragut Yang Kelakar..Tapi Kesian..Yang Kena Ragut Tu..


Peragut Yang Kelakar..Tapi Kesian..Yang Kena Ragut Tu..

Perompak Bersenjata Kantoi..Lari Tinggalkan Rakan..


Perompak Bersenjata Kantoi..Lari Tinggalkan Rakan..

Gempar..!! Berita TV3 Di Hack


entah betui entah idak...

LAWAK GILE Staff Berita TV Tak Perasan Tengah ON AIR


LAWAK GILE Staff Berita TV Tak Perasan Tengah ON AIR

ULAR TERBESAR YANG PERNAH WUJUD DI MALAYSIA..


Iklan Emas Kajang 

Kami Sedia Membeli Emas Dan SuratPajak Dgn Harga Tertinggi..!!
Berminat Untuk Pertantaan Sila Hubungi : 03-87379327 
Seluruh Malaysia.
---------------------------------------------------------------------------


Monday, May 6, 2013

Sejarah Kemerdekaan Tanah Melayu

Zizan Menyamar Sebagai Pengemis Di Bukit Bintang


Iklan Emas Kajang 

Kami Sedia Membeli Emas Dan SuratPajak Dgn Harga Tertinggi..!!
Berminat Untuk Pertantaan Sila Hubungi : 03-87379327 
Seluruh Malaysia.
---------------------------------------------------------------------------


Zizan Menyamar Sebagai Pengemis Di Bukit Bintang

Zizan Raja Lawak in Jepun... Are you Japanese??!!!


Iklan Emas Kajang 

Kami Sedia Membeli Emas Dan SuratPajak Dgn Harga Tertinggi..!!
Berminat Untuk Pertantaan Sila Hubungi : 03-87379327 
Seluruh Malaysia.
---------------------------------------------------------------------------


Penumpang Panik Bas Terbalik Di Alor Gajah


ALOR GAJAH - Seramai 20 penumpang sebuah bas panik apabila kenderaan itu terbalik selepas terlibat dalam kemalangan yang melibatkan dua buah bas ekspres dan sembilan kereta di Kilometer 202.4 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan semalam.

Penumpang Panik Bas Terbalik Di Alor Gajah

Difahamkan, bas ekspres berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melaka ketika kejadian pukul 2.45 petang itu berlaku.

Pemandu bas itu, Mohd. Anuar Othman, 58, berkata, sebelum kejadian dia cuba mengelak deretan enam buah kenderaan termasuk sebuah bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan sebelum itu.

"Saya memaut stereng ke kiri menyebabkan bas berpusing dan terbalik ke kanan sebelum menghempap pula dua buah kenderaan.

"Dua buah kereta kemudian merempuh belakang bas. Saya sempat menjerit kepada penumpang supaya tidak panik dan pegang kuat-kuat tempat duduk," katanya ketika ditemui.
Penumpang Panik Bas Terbalik Di Alor Gajah
sumber : Kosmo!

Gadis Baru Beli Motosikal Maut Kemalangan


MELAKA – Kegembiraan seorang remaja perempuan bergaya dengan motosikal yang baru dibeli tidak berpanjangan apabila dia maut selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Bukit Katil-Duyong di sini kelmarin.

Gadis Baru Beli Motosikal Maut Kemalangan

Kejadian pukul 8.50 malam itu dikatakan berlaku apabila motosikal jenis Honda Dash ditunggang Siti Khadija Mazlan, 19, bergesel dengan sebuah treler membawa muatan bawang.

Difahamkan, sebelum kejadian gadis tersebut dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Duyong.

Jurucakap polis berkata, selepas bergesel, mangsa telah terjatuh sebelum digilis tayar belakang treler berkenaan.

“Mangsa mati di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat,” katanya.

Gadis Baru Beli Motosikal Maut Kemalangan

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Saturday, May 4, 2013

Gambar Jehan Miskin Kawen Gadis Korea Jom Tengok..!!

TAHNIAH! Gambar Perkahwinan Jehan Miskin dan Julie Camelia Rhee 4 Mei 2013
|
|
|
v

Kesian Ikan Di Seksa Di Goreng Separuh Sahaja..DiHidangkan

Gaduh Dalam Studio! Tengah live Tu..

KETUA GANGSTER MENGAMUK DI RAWANG GUNA SAMURAI



VIDEO INI HANYA UNTUK TONTONAN SAHAJA.
TIADA KENA MENGENA YANG HIDUP ATAU YANG DAH MENINGGAL DUNIA.

Ayam Bergaduh Sesama Sendiri

Penunggang Motosikal Selamat Dlm Kemalangan Sebab Ada Kung Fu..!!

Tukang Tarik Nak Kena Belasah Dgn Awek Karate Kicks


Iklan Emas Kajang 

Kami Sedia Membeli Emas Dan SuratPajak Dgn Harga Tertinggi..!!
Berminat Untuk Pertantaan Sila Hubungi : 03-87379327 
Seluruh Malaysia.
---------------------------------------------------------------------------


Kontraktor Maut DiTembak Waktu Maghrib - Kota Bharu

KOTA BHARU: Seorang kontraktor menerima 'kejutan Maghrib' apabila ditembak tiga das oleh seorang lelaki yang dikenalinya di depan rumahnya di Kampung Pulau Melaka, di sini, jam 7.30 malam tadi.

Mangsa, Mohd Nasir Zakaria, 53, yang juga seorang kontraktor ditembak selepas membuka pintu ketika dipanggil suspek supaya keluar.

Suspek yang menembak mangsa melarikan diri, manakala mangsa dibawa ke hospital menaiki kereta dipandu anaknya bersama isterinya, Zahmahnu Che Abdullah, 39.

Mangsa cedera di paha dan kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, siasatan awal mendapati kes berkenaan bermotifkan dendam.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/KejutanMaghrib//Article

Sekumpulan Gengster Bergaduh..1 Vs 10 Salah Tempat Pi Serang..


Iklan Emas Kajang 

Kami Sedia Membeli Emas Dan SuratPajak Dgn Harga Tertinggi..!!
Berminat Untuk Pertantaan Sila Hubungi : 03-87379327 
Seluruh Malaysia.
---------------------------------------------------------------------------

Zizan Telefon Ustaz Azhar Idrus


Iklan Emas Kajang 

Kami Sedia Membeli Emas Dan SuratPajak Dgn Harga Tertinggi..!!
Berminat Untuk Pertantaan Sila Hubungi : 03-87379327 
Seluruh Malaysia.
---------------------------------------------------------------------------

10 Koleksi Gambar Lawak Dan Pelik

10 Koleksi Gambar Lawak Dan Pelik











"Gwiyomi" Elly Mazlein


Iklan Emas Kajang 

Kami Sedia Membeli Emas Dan SuratPajak Dgn Harga Tertinggi..!!
Berminat Untuk Pertantaan Sila Hubungi : 03-87379327 
Seluruh Malaysia.
---------------------------------------------------------------------------

Friday, May 3, 2013

Gwiyomi Bobo Epy Kodiang


Iklan Emas Kajang 

Kami Sedia Membeli Emas Dan SuratPajak Dgn Harga Tertinggi..!!
Berminat Untuk Pertantaan Sila Hubungi : 03-87379327 
Seluruh Malaysia.
---------------------------------------------------------------------------

Video Boeing 747 terhempas di Bagram Airfield, Afghanistan.

Iklan : Emas Kajang 

Kami Sedia Membeli Emas Dan SuratPajak Dgn Harga Tertinggi..!!
Berminat Untuk Pertantaan Sila Hubungi : 03-87379327 
Seluruh Malaysia.
---------------------------------------------------------------------------

Jehan Miskin Sorok Identiti Isteri Bakal Isteri



SEJAK putus cinta dengan pelakon putih gebu, Jue Aziz, pada pertengahan 2008, cerita Jehan Miskin tidak begitu kerap lagi dipaparkan di dada-dada akhbar. Sebabnya, pelakon drama Awan Dania itu lebih senang berdiam diri dan meneruskan kelangsungan hidupnya dalam bidang seni.

Begitupun, secara tiba-tiba Kosmo! dikhabarkan bahawa Jehan bakal berkahwin pada Sabtu ini dengan seorang gadis berasal dari Korea.

Memilih untuk tidak bercerita lebih lanjut mengenai identiti bakal isteri dan majlis perkahwinan yang bakal berlangsung, bagaimanapun, Jehan berkongsi sedikit mengenai debaran dan juga pertemuan pertama kali bersama bakal isterinya itu.

Kosmo!: Tahniah Jehan. Dengar cerita anda bakal berkahwin Sabtu ini dengan seorang gadis berasal dari Korea?

JEHAN: Ya, betul.

Boleh kongsikan debaran yang dirasai?

Saya sebenarnya terlalu sibuk mengarah dan menerbitkan sebuah drama 13 episod berjudul What Is untuk 8TV. Jadi, debaran untuk menempuh alam perkahwinan itu tidak terasa sangat.

Bagaimanakah persiapan yang telah anda lakukan buat masa ini?

Masih ada sedikit lagi yang berbaki. Walaupun saya sibuk, ada orang membantu menguruskan perkahwinan saya. Saya juga sudah serahkan tanggungjawab mengarah drama tersebut kepada orang lain jadi saya boleh fokus kepada perkahwinan ini.

Apakah perasaan anda apabila bakal bergelar suami orang pada Sabtu ini?

Saya sebenarnya teruja. Bukan sahaja kerana bakal berkahwin, tetapi saya juga teruja kerana bakal bertemu dengan anak saudara saya, Skye, yang tidak pernah saya temui hampir setahun lamanya. Dia duduk di Amerika Syarikat, disebabkan itu kami jarang berjumpa.

Boleh kongsikan siapakah gerangan gadis yang berjaya mencuri hati anda itu?

Buat masa ini saya tidak mahu lagi mendedahkan identiti bakal isteri saya. Biarlah semua orang tahu siapa orangnya ketika majlis pernikahan dan persandingan Sabtu ini.

Di manakah anda menemui bakal isteri?

Saya bertemu dengannya di sebuah gimnasium. Saya sendiri menegur dan meminta nombor telefonnya untuk mengenali dia dengan lebih dekat.

Sudah berapa lama kalian berkenalan?

Sudah lima tahun. Walaupun dia berasal dari Korea, dia sebenarnya bekerja di Malaysia.

Boleh ceritakan sedikit mengenai majlis perkahwinan anda Sabtu ini?

Saya akan bernikah dan mengadakan resepsi di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur dan akan menjemput 100 orang termasuk keluarga terdekat dan rakan rapat sahaja. Majlis tersebut akan berlangsung pada pukul 2 petang dan akan dimulakan dengan acara nikah, diikuti majlis persandingan.

Kenapakah anda terus ingin bernikah dan tidak bertunang terlebih dahulu?

Saya rasa ia (bertunang) buang masa. Pada saya, pertunangan itu tidak perlu. Memang ia adalah adat, tetapi saya tidak mahu menyusahkan keluarga bakal isteri untuk banyak kali turun ke Malaysia. Begitu juga dengan keluarga saya yang kebanyakannya menetap di Amerika Syarikat.

Kenapakah anda mengambil pendekatan enggan berkongsi lebih lanjut mengenai perkahwinan anda?

Ini perkahwinan saya. Saya tidak mahu riak dan lebih suka ia dibuat secara sederhana.

Artikal Ini Di Copy Dari : Kosmo!

Kemarau Di Somalia Ragut 258,000 Nyawa


NAIROBI - Hampir 260,000 rakyat Somalia dengan separuh terdiri daripada kanak-kanak berusia bawah lima tahun mati akibat kebuluran dari tahun 2010 hingga 2012, menurut satu laporan rasmi semalam.



"Kebuluran dan kekurangan makanan di Somalia meragut sekitar 258,000 nyawa antara Oktober 2010 hingga April 2012. Ini termasuklah 133,000 orang kanak-kanak berusia bawah lima tahun," kata laporan bersama Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) dan Sistem Rangkaian Amaran Awal Kebuluran (FEWS NET).

Mengulas laporan FAO/FEWS NET, Koordinator Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Somalia, Philippe Lazzarini berkata, badan dunia itu sepatutnya menggandakan usaha bagi mengelakkan kematian besar-besaran tersebut.

"Beberapa amaran sebelum permulaan kemarau panjang di Somalia pada 2010 gagal mencetuskan tindakan awal," katanya dalam satu kenyataan.

Somalia merupakan negara Afrika paling teruk terjejas selepas benua itu dilanda kemarau pada 2011 dengan lebih 13 juta orang terjejas.


PBB mengisytiharkan kemarau tersebut tamat pada Februari 2012. - AFP
Sumber : Kosmo! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts