Ustaz Ebit Lew |
Jangan Kerana
Sikit Kelemahan Dia, Kita Melihat Kelebihan Yang Ada Pada Orang Lain. Isteri ni
adalah wanita lemah yang sentiasa memerlukan perhatian dan kasih sayang dari
seorang lelaki yang bernama suami. Bila masa kita dan pasangan ada perselisihan
faham, balik kepada niat asal kenapa kita pilih dia untuk jadi peneman kita
hidup bersama.
Gambar Hiasan |
Kata Ustaz
Ebit Lew
Saya setuju
dengan apa yang Ustaz Ebit Lew katakan. Isteri dah banyak kali ‘mati’ untuk
kita (suami). Secara zahirnya mereka sedang melahirkan anak untuk kita, tetapi
hakikatnya mereka ‘sedang mati’ untuk kita.
Saya selalu
berpesan kepada adik dan kawan-kawan lelaki, hargailah isteri walau apa pun
yang terjadi. Jangan kerana sedikit kelemahan mereka, kita melihat kelebihan
yang ada pada perempuan lain. Kadang-kadang belum tentu perempuan lain dapat
membahagiakan kita sebagaimana isteri kita lakukan sekarang.
Sponsor by : MLTGA |
Gambar Hiasan |
Ada Mak Ayah Menangis
Ketahuilah
bahawa, isteri tiada sesiapa lagi setelah berkahwin dengan kita. Segala suka
duka semuanya diharungi bersama kita. Ada mak ayah menangis setelah anak sah
menjadi isteri orang. Mereka gembira dalam masa yang sama, mereka risau dan
berharap agar kita mampu menjaga anak mereka dengan baik.
Tiba-tiba
hari ini, kita dengar kes suami pukul isteri, suami curang dengan isteri. Mula
tidak menyayangi isteri, mula ada perempuan lain. Kenapa ada lagi lelaki yang
sanggup menceraikan isteri dan meninggalkan mereka sebatang kara bersama
anak-anak semata-mata masalah yang kecil?
Melindungi
Mereka
Kita sebagai
suami sepatutnya melindungi mereka, membimbing mereka, menjaga amanah yang
diberikan oleh ibu bapa mereka. Sebelum kahwin, semua syarat kita boleh terima
tetapi kenapa setelah kahwin kita lupa segala syarat yang diberikan?
Sebelum kita
pukul isteri, tampar isteri, cuba minta kawan tampar ibu kita. Apa kita rasa?
Kalau tak koma, mungkin mati si kawan itu.
Sebab itulah
saya berpesan kepada remaja sekarang, kalau sukakan perempuan, niat kerana
Allah. Jika kita letak hukum Allah dalam cinta kita kepada perempuan, kita akan
menghargai mereka sampai mati.
Gambar Hiasan |
Cinta
memerlukan pengorbanan
Cinta
memerlukan pengorbanan. Sahabat Nabi S.A.W sanggup putus jari, putus tangan,
kaki dan kepala untuk mendapatkan Cinta Allah. Khadijah r.ha asalnya orang yang
sangat kaya, sanggup korbankan kekayaan demi Allah dan Rasul.
Begitu
jugalah jika kita cinta pasangan kerana Allah. Pimpin keluarga untuk ikut
kehendak Allah. Dalam hubungan ketapikan kehendak kita. Berusaha menunaikan
kehendak pasangan.
Gambar Hiasan |
Suami isteri
Setiap hari puji pasangan
Suami isteri
setiap hari puji pasangan, ucap terima kasih, sayang, rindu pada pasangan.
Luangkan masa untuk mendengar setiap keluhan, masalah pasangan. Jadi pendengar
yang setia setiap perkongsian.
Tuan puan,
jumaat yang mulia ini banyak bagi masa untuk berdoa. Mengadu segalanya kepada
Allah, tiada sesiapa pun dapat menyelesaikan masalah kita kecuali Allah. Tiada
sesiapa pun yang dapat menenangkan hati kita kecuali Allah. Tiada sesiapa pun
yang dapat membahagiakan kita kecuali Allah.
Sumber Artikal : Apekes.Com
Sponsor by : MLTGA |