BLOG FOLLOWERS

Monday, January 28, 2013

Awie Bukak Kelab Malam Di Kritikan Ramai Pihak


Siapa tidak kenal dengan legenda rock tanah air Awie dari kumpulan Wings yang baru baru ini dikecam hebat oleh peminatnya setelah menubuhkan sebuah kelab malam  yang beroperasi di Ipoh,Perak.Ramai yang  mengatakan bahawa terdapat banyak cabang lain dalam berniaga untuk penyanyi rock itu  dan ditambah pula ia melibatkan soal hukum agama.

Awie yang kesal dengan kritikan yang diterima mengatakan bahawa orang ramai harus bersikap lebih terbuka dan jangan melihat perniagaan kelab malamnya itu dengan pandangan yang negatif hanya kerana beliau di gelar seorang selebriti  setelah melaburkan ratusan ribu ringgit untuk kelab tersebut.

Menurutnya juga,beliau akan mengembangkan lagi  Malai Rock Station yang merupakan nama kelab malam penyanyi tersebut ke  Kuala Lumpur,Pahang dan Johor setelah mendapat sambutan oleh orang ramai di Ipoh,Perak.

Beliau juga mengatakan bahawa perniagaan kelab malam bukanlah sesuatu yang baru dan terdapat lebih ramai lagi orang Melayu diluar sana yang  berniaga pelbagai  pusat hiburan namun ia tidak pernah dipertikaikan. Apa salahnya jika dia hanya ingin mencari rezeki untuk dirinya dan keluarga kerana dunia hiburan sahajalah yang beliau benar-benar tahu selok beloknya berbanding perniagaan lain.

Pada pendapat kami tidak salah untuk kita mengeksplorasi perniagaan lain asalkan ia tidak bercanggah dengan hukum hakam agama dan tidak mendapat anggapan negatif dari orang ramai dan paling penting perniagaan kita diberkati oleh Tuhan kerana dalam dunia perniagaan ini ada pasang surutnya.

Sumber : Ohartis,Com

Aidil Zafuan Nafi Kenal Tengku Fiella | Kantoi Curang


Susulan pemain bola sepak negara, Nazmi Faiz yang mengeluarkan kenyataan di Twitter menuduh bekas kekasihnya, Tengku Fiella mempunyai hubungan dengan Aidil Zafuan, MH Online berjaya mendapat kenyataan daripada suami Rita Rudaini ini. 


Melalui kiriman SMS yang dihantar kepada Editor Media Hiburan, Aidil Zafuan menjelaskan dia tidak kenal Nazmi secara rapat dan tidak tahu mengapa namanya dikaitkan dalam situasi ini. 

Malah, Aidil juga menafikan mengenali Tengku Fiella. 


"Biarlah orang nak cakap apa, saya tahu apa saya buat, kenal pun tidak, tiba-tiba dikaitkan dengan berita seperti ini," ujar Aidil yang akan menghubungi Nazmi sendiri untuk mendapatkan penjelasan.

31 Maut Rusuhan Berdarah Kerana Bola Sepak


PORT SAID - Seramai 31 orang mati dalam rusuhan yang berlaku di sini akibat keputusan sebuah mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap 21 peminat bola sepak di Mesir, kata beberapa pegawai kesihatan semalam.


Sejumlah penduduk termasuk pemuda merusuh dan mengamuk kelmarin selepas Hakim Mahkamah Jenayah Kaherah, Sobhy Abdel Maguid membaca senarai nama 21 peminat yang dihukum mati.

Mereka dihukum mati selepas didapati bersalah kerana terlibat dalam rusuhan bola sepak yang berlaku di sebuah stadium bola sepak di Port Said yang mengakibatkan 74 orang terbunuh pada 1 Februari tahun lalu.

Rusuhan itu berlaku selepas kemenangan mengejut 3-1 kelab bola sepak tempatan, Al-Masry ke atas kelab terkenal dari Kaherah, Al-Ahly apabila peminat kelab Al-Masry yang bersenjatakan pisau dan kayu meluru ke padang stadium di sini untuk mengejar pemain dan peminat pasukan lawan.

Hakim itu juga mengumumkan hukuman terhadap 52 lagi defendan termasuk sembilan orang pegawai keselamatan akan diputuskan pada 9 Mac depan.

Sumber : kosmo!

Friday, January 18, 2013

Gambar Kucing Cumel.. Jom Komen..

Cumel kan..? 
Udah Macam Tikus Plak... :)
|
|
v
Kretif 


DBKL - Bayar Di Sepanjang Bulan Febuari 2013

KUALA LUMPUR – Warga kota yang dikenakan saman bagi semua jenis kesalahan trafik oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hanya perlu membayar kompaun pada kadar rata iaitu RM30 sepanjang bulan Februari depan.


Gambar Hiasan
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, pemberian diskaun pada kadar rata itu dilakukan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang disambut pada 1 Februari ini.

Ketika ini, semua pesalah trafik yang dikenakan saman oleh DBKL perlu membayar kompaun antara RM100 hingga RM300 bergantung kepada jenis kesalahan yang dilakukan.

Menurutnya, tawaran kompaun istimewa itu bagaimanapun hanya sah bermula 1 hingga 28 Februari ini dan pembayaran boleh dibuat di semua kaunter DBKL pada hari bekerja dengan membawa bersama-sama notis kompaun.

Tambahnya, selain diskaun kompaun, warga kota juga bakal menerima pelbagai ‘buah tangan’ yang lebih menarik berbanding pada tahun-tahun sebelum ini.

“Antara ganjaran yang diberikan ialah penggunaan kemudahan awam di bawah pengurusan DBKL seperti gelanggang futsal, tenis, badminton, padang bola sepak dan kolam renang secara percuma sepanjang bulan depan.

“Orang ramai juga boleh menikmati perkhidmatan menaiki bot dan menunggang kuda secara percuma di Taman Tasik Titiwangsa sepanjang bulan itu,” katanya.

Sumber: Kosmo!

Thursday, January 17, 2013

Wanita Ditanduk Badak Selepas Bergambar


JOHANNESBURG - Seorang wanita, Chantal Beyer ditanduk seekor badak sumbu selepas dia bergambar dengan suaminya, Sven Fouche di depan dua ekor haiwan itu baru-baru ini di Taman Semula Jadi Aloe Ridge dekat sini.

Sebelum gambar itu dirakamkan, seorang pemandu pelancong mengarahkan mereka berdiri di depan haiwan berkenaan.

Beyer yang berusia 24 tahun ditanduk dari arah belakang menyebabkan tulang rusuk dan parunya patah.

Dia kini dirawat di sebuah hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. - Agensi

Duit Lisa Surihani Hilang RM51,000.00


MALANG tidak berbau. Begitulah nasib yang menimpa aktres terkenal, Lisa Surihani yang mana baru-baru ini, duit di dalam akaun bank miliknya lesap begitu sahaja. Ditambah pula jumlah wang yang hilang bukan sedikit, tetapi sebanyak RM51,000 dan dia mula mengesyaki ia berkaitan dengan kes penipuan yang semakin berleluasa kini.
Lisa Surihani
Sehubungan dengan itu, Lisa dan ibunya, Siti Amira Ahmad, 62, terus merujuk dengan pihak bank berkenaan. Apa yang pelik dan mengejutkan, pihak bank tersebut memberitahu, kad pengeluaran wang automatik (ATM) milik Lisa itu sudah tidak boleh digunakan lagi kerana ada pihak tidak bertanggungjawab sudah membuat kad ATM baharu atas namanya. Sehubungan itu, Lisa telah pun membuat laporan polis.

Lisa mengakui dirinya masih terkejut dengan apa yang berlaku, namun pada masa yang sama dirinya perlu tenang menanganinya.

Ikuti temu bual bersama Lisa yang ditemui pada majlis Pelancaran Peraduan Gerbang Cinta Utusan Malaysia Musim Keempat di Kampung Pengantin, Jalan Genting Klang, Setapak, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kosmo!: Lisa, bolehkah komen tentang kejadian duit hilang yang terjadi pada anda baru-baru ini?

Lisa : Saya bukan tidak mahu memberi penjelasan kepada pihak media, namun saya tidak boleh berkata apa-apa memandangkan kes ini telah menjadi kes polis. Saya juga masih menunggu jawapan daripada pihak bank dan polis kerana kes ini masih disiasat. Jika ada apa-apa perkembangan, pihak polis akan memberitahu saya.

Wang yang hilang bukan sedikit. Adakah pihak bank berjanji akan membayar semula wang yang telah hilang?

Saya belum mendapat apa-apa respons tentang perkara ini kerana ia masih dalam siasatan. Belum dapat sebarang keputusan. Maafkan saya, bukan tidak mahu berkongsi, tetapi risau mengganggu siasatan. Jika sesiapa yang mendapat maklumat sebelum ini bermakna mereka perolehinya dari polis kerana memang Lisa tidak beri sebarang komen tentang perkara ini.

Bagaimanakah perasaan Lisa ketika ini setelah mengetahui duit simpanan selama ini hilang begitu sahaja?

Saya kini memang sedang keliru dan tidak tahu bagaimana perkara ini terjadi sebenarnya. Ini kerana ia secara tiba-tiba berlaku pada saya. Daripada saya berkata-kata tanpa ketahui apa yang benar dan salah, baik saya diam. Bila setelah kes ini selesai kelak, saya juga lebih selesa untuk bercerita.

Nampaknya Lisa kini kurang terlibat dengan drama. Boleh ceritakan perkembangan Lisa kini?

Saya memang kurang terlibat dengan drama dan filem. Drama terakhir saya berjudul Mana Hilangnya Juwita yang disiarkan di Astro. Kini saya sedang menjalani penggambaran drama bersiri untuk RTM iaitu Maskara.

Selain itu, perancangan saya pada tahun 2013 ialah saya ingin melibatkan diri dengan banyak aktiviti kemasyarakatan. Saya mahu buat perkara yang dekat di hati masyarakat seperti kerja amal dan sebagainya.

Bagaimanakah pula dengan perancangan keluarga. Bilakah mahu memiliki anak sendiri?

Saya tidak punya perancangan dan kini hanya tunggu pada rezeki. Harap peminat dan anda semua dapat doakan rezeki saya untuk menimang cahaya mata. Namun, saya tidak pasti lagi dengan perancangan sama ada mahu berehat atau teruskan aktiviti seni ketika mengandung. Terpulang kepada kudrat diri saya kelak, insya-Allah.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0117&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm#ixzz2IH0eZS00
Hakcipta terpelihara

Pelakon, Patrick Teoh, Minta Maaf


KUALA LUMPUR – Pelakon, Patrick Teoh, 65,meminta maaf berhubung kenyataannya menerusi laman sosial, Facebook pada Isnin lalu yang disifatkan telah menghina agama Islam.

Patrick berkata, dia sama sekali tidak berniat mempersendakan Islam dan kontroversi yang tercetus itu menjadi pengajaran berguna untuknya.

“Kepada semua umat Islam, saya dengan ikhlas hati memohon maaf tentang apa yang saya tulis di Facebook sebelum ini dan kenyataan itu telahpun dipadamkan,” ujarnya menerusi Twitter miliknya semalam.

Isu tersebut tercetus selepas pelakon yang pernah membintangi filem Baik Punya Cilok dan Buli itu mempertikaikan garis panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri Kedah berhubung majlis sambutan Tahun Baru Cina di negeri tersebut pada 2 Februari depan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts