PELABUHAN KLANG – Seorang lelaki warga Myanmar yang mahu memunggah barang menggunakan foklif maut akibat dihempap kontena kosong seberat 10 tan yang diangkut sebuah kren dalam kejadian di kawasan perindustrian Pelabuhan Barat di sini, awal pagi semalam.
Tragedi tersebut berlaku ketika mangsa yang berusia 31 tahun itu mahu melakukan kerjanya di sebuah stor penyimpanan kontena bersama pemandu kren berkenaan yang merupakan warga Bangladesh pada kira-kira pukul 4.20 pagi.
Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang, Penguasa Kanan Bomba II, Ahmad Zaidi Safuan berkata, siasatan awal mendapati, kontena tersebut terjatuh dan menghempap mangsa setelah pemandu kren tersebut menekan brek secara tiba-tiba.
“Tindakan brek secara mengejut itu menyebabkan kedudukan kontena tersebut tidak stabil lalu jatuh menghempap foklif dipandu mangsa yang secara kebetulan berada di depannya.
“Mangsa mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan beberapa bahagian badan lain manakala pemandu kren terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya kepada Kosmo! Ahad semalam.
INFOMASI TERKINI , GOSIP , PERIKLANAN , WEBSITE , FACEBOOK , FAN PAGE , LAWAK , TERKINI , WAYANG
BLOG FOLLOWERS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Pencuri Di Sebuah Hotel Ketika Penjaga Kaunter Sedang Tidur
-
iklan : Emas Kajang :- Kami Sedia Membeli Emas Baru , Lama, Patah Rosak Dengan Harga Tertinggi...!! Berminat Untuk Menjual Emas An...
-
Gempar..!Rumah polis dilempar bom petrol KLANG – Dua anggota polis berdepan detik cemas apabila rumah sewa mereka terbakar selepas di...
-
ROMPIN – Belum pun sempat melelapkan mata, Nor Fatihah Abdul Khalid, 25, tergamam apabila melihat suaminya yang baru pulang berlumuran dar...
-
Pilihan 1 : Ambil pokok Dukung Anak, Temulawak dan gula Melaka dan rebuskan bersama. Amalkan ia sebagai minuman harian. Pilihan 2: De...
-
Iklan : Emas Kajang Kami Sedia Membeli Emas Dan SuratPajak Dgn Harga Tertinggi..!! Berminat Untuk Pertantaan Sila Hubungi : 03-8...
-
Iklan : Kami Sedia Membeli Emas Baru,lama,patah,rosak dgn harga tertinggi..!! Berminat Untuk Menjual Emas Anda Sila Hubungi : En Azam 01...
No comments:
Post a Comment