INFOMASI TERKINI , GOSIP , PERIKLANAN , WEBSITE , FACEBOOK , FAN PAGE , LAWAK , TERKINI , WAYANG
BLOG FOLLOWERS
Friday, May 3, 2013
Jehan Miskin Sorok Identiti Isteri Bakal Isteri
SEJAK putus cinta dengan pelakon putih gebu, Jue Aziz, pada pertengahan 2008, cerita Jehan Miskin tidak begitu kerap lagi dipaparkan di dada-dada akhbar. Sebabnya, pelakon drama Awan Dania itu lebih senang berdiam diri dan meneruskan kelangsungan hidupnya dalam bidang seni.
Begitupun, secara tiba-tiba Kosmo! dikhabarkan bahawa Jehan bakal berkahwin pada Sabtu ini dengan seorang gadis berasal dari Korea.
Memilih untuk tidak bercerita lebih lanjut mengenai identiti bakal isteri dan majlis perkahwinan yang bakal berlangsung, bagaimanapun, Jehan berkongsi sedikit mengenai debaran dan juga pertemuan pertama kali bersama bakal isterinya itu.
Kosmo!: Tahniah Jehan. Dengar cerita anda bakal berkahwin Sabtu ini dengan seorang gadis berasal dari Korea?
JEHAN: Ya, betul.
Boleh kongsikan debaran yang dirasai?
Saya sebenarnya terlalu sibuk mengarah dan menerbitkan sebuah drama 13 episod berjudul What Is untuk 8TV. Jadi, debaran untuk menempuh alam perkahwinan itu tidak terasa sangat.
Bagaimanakah persiapan yang telah anda lakukan buat masa ini?
Masih ada sedikit lagi yang berbaki. Walaupun saya sibuk, ada orang membantu menguruskan perkahwinan saya. Saya juga sudah serahkan tanggungjawab mengarah drama tersebut kepada orang lain jadi saya boleh fokus kepada perkahwinan ini.
Apakah perasaan anda apabila bakal bergelar suami orang pada Sabtu ini?
Saya sebenarnya teruja. Bukan sahaja kerana bakal berkahwin, tetapi saya juga teruja kerana bakal bertemu dengan anak saudara saya, Skye, yang tidak pernah saya temui hampir setahun lamanya. Dia duduk di Amerika Syarikat, disebabkan itu kami jarang berjumpa.
Boleh kongsikan siapakah gerangan gadis yang berjaya mencuri hati anda itu?
Buat masa ini saya tidak mahu lagi mendedahkan identiti bakal isteri saya. Biarlah semua orang tahu siapa orangnya ketika majlis pernikahan dan persandingan Sabtu ini.
Di manakah anda menemui bakal isteri?
Saya bertemu dengannya di sebuah gimnasium. Saya sendiri menegur dan meminta nombor telefonnya untuk mengenali dia dengan lebih dekat.
Sudah berapa lama kalian berkenalan?
Sudah lima tahun. Walaupun dia berasal dari Korea, dia sebenarnya bekerja di Malaysia.
Boleh ceritakan sedikit mengenai majlis perkahwinan anda Sabtu ini?
Saya akan bernikah dan mengadakan resepsi di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur dan akan menjemput 100 orang termasuk keluarga terdekat dan rakan rapat sahaja. Majlis tersebut akan berlangsung pada pukul 2 petang dan akan dimulakan dengan acara nikah, diikuti majlis persandingan.
Kenapakah anda terus ingin bernikah dan tidak bertunang terlebih dahulu?
Saya rasa ia (bertunang) buang masa. Pada saya, pertunangan itu tidak perlu. Memang ia adalah adat, tetapi saya tidak mahu menyusahkan keluarga bakal isteri untuk banyak kali turun ke Malaysia. Begitu juga dengan keluarga saya yang kebanyakannya menetap di Amerika Syarikat.
Kenapakah anda mengambil pendekatan enggan berkongsi lebih lanjut mengenai perkahwinan anda?
Ini perkahwinan saya. Saya tidak mahu riak dan lebih suka ia dibuat secara sederhana.
Artikal Ini Di Copy Dari : Kosmo!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Pencuri Di Sebuah Hotel Ketika Penjaga Kaunter Sedang Tidur
-
iklan : Emas Kajang :- Kami Sedia Membeli Emas Baru , Lama, Patah Rosak Dengan Harga Tertinggi...!! Berminat Untuk Menjual Emas An...
-
Gempar..!Rumah polis dilempar bom petrol KLANG – Dua anggota polis berdepan detik cemas apabila rumah sewa mereka terbakar selepas di...
-
ROMPIN – Belum pun sempat melelapkan mata, Nor Fatihah Abdul Khalid, 25, tergamam apabila melihat suaminya yang baru pulang berlumuran dar...
-
Pilihan 1 : Ambil pokok Dukung Anak, Temulawak dan gula Melaka dan rebuskan bersama. Amalkan ia sebagai minuman harian. Pilihan 2: De...
-
Iklan : Emas Kajang Kami Sedia Membeli Emas Dan SuratPajak Dgn Harga Tertinggi..!! Berminat Untuk Pertantaan Sila Hubungi : 03-8...
-
Iklan : Kami Sedia Membeli Emas Baru,lama,patah,rosak dgn harga tertinggi..!! Berminat Untuk Menjual Emas Anda Sila Hubungi : En Azam 01...
No comments:
Post a Comment