INFOMASI TERKINI , GOSIP , PERIKLANAN , WEBSITE , FACEBOOK , FAN PAGE , LAWAK , TERKINI , WAYANG
BLOG FOLLOWERS
Thursday, April 11, 2013
Pantang Larang Semasa Ibu Mengandung
Pantang Larang Semasa Ibu Mengandung
• Dilarang mencaci atau mengumpat, membuat fitnah, iri hati juga bergaduh terutamanya dengan ibu mertua. Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. Ibu mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan anak.
• Dilarang memaku, memahat dan menggali lubang. Tidak boleh memukul atau mencederakan binatang kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak yang bakal lahir cacat anggota badan.
• Dilarang keluar rumah pada waktu petang atau senja kerana dikhuatiri hantu akan menggusiknya.
• Hendaklah menjauhi pergaulan dengan orang yang tidak jujur atau rendah maruahnya, kerana dipercayai ini akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir.
•Dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir akan cacat atau berkulit gelap.
•Dilarang duduk di anak tangga kerana dipercayai perbuatan ini akan mendatangkan kecelakaan kepada ibu sewaktu hendak melahirkan anak.
•Ibu juga dilarang memikul batu kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lumpuh. Tidak boleh menanam pokok pisang kerana dikatakan perbuatan ini boleh menyebabkan anak berkepala besar yang luarbiasa.
•Ditegah menyusun tempurung kerana dikhuatiri anak yang dilahirkan akan botak kepalanya.
•Ibu mengandung juga tidak boleh membiarkan anak-anak melangkah perut kerana dikhuatiri anak akan lahir cacat atau dilahirkan tidak cukup bulan.
•Dilarang tidur pada waktu tengah hari kerana dikhuatiri kepala anak yang bakal lahir akan menjadi besar.
Selain pantang larang yang dinyatakan di atas terdapat beberapa pantang larang lagi yang bersangkut dengan suami kepada ibu mengandung:
•Suami kepada ibu mengandung pula dilarang meniup seruling atau alat bunyi bunyian kerana dikhuatiri anak yang akan dilahirkan sentiasa menangis.
•Suami juga dilarang menyembelih ataupun pergi memburu binatang kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir cacat anggota badannya.
•Suami juga dilarang memukul, membunuh binatang seperti ular dan sebagainya kerana dipercayai anak yang lahir akan cacat atau kenan binatang tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Pencuri Di Sebuah Hotel Ketika Penjaga Kaunter Sedang Tidur
-
iklan : Emas Kajang :- Kami Sedia Membeli Emas Baru , Lama, Patah Rosak Dengan Harga Tertinggi...!! Berminat Untuk Menjual Emas An...
-
Gempar..!Rumah polis dilempar bom petrol KLANG – Dua anggota polis berdepan detik cemas apabila rumah sewa mereka terbakar selepas di...
-
ROMPIN – Belum pun sempat melelapkan mata, Nor Fatihah Abdul Khalid, 25, tergamam apabila melihat suaminya yang baru pulang berlumuran dar...
-
Pilihan 1 : Ambil pokok Dukung Anak, Temulawak dan gula Melaka dan rebuskan bersama. Amalkan ia sebagai minuman harian. Pilihan 2: De...
-
Iklan : Emas Kajang Kami Sedia Membeli Emas Dan SuratPajak Dgn Harga Tertinggi..!! Berminat Untuk Pertantaan Sila Hubungi : 03-8...
-
Iklan : Kami Sedia Membeli Emas Baru,lama,patah,rosak dgn harga tertinggi..!! Berminat Untuk Menjual Emas Anda Sila Hubungi : En Azam 01...
No comments:
Post a Comment