INFOMASI TERKINI , GOSIP , PERIKLANAN , WEBSITE , FACEBOOK , FAN PAGE , LAWAK , TERKINI , WAYANG
BLOG FOLLOWERS
Wednesday, February 6, 2013
Pelawak Datuk Yahya Sulong, 85, meninggal dunia
PETALING JAYA: Pelawak Datuk Yahya Sulong, 85, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini kira-kira pukul 6.45 petang Rabu.
Berita itu disahkan sendiri oleh isteri Allahyarham iaitu Datin Alisah Ali, 64, ketika dihubungi mStar Online malam Rabu.
Alisah berkata, suaminya dimasukkan ke HKL kira-kira seminggu lalu akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk asma.
Yahya sebelum ini pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana penyakitnya itu termasuklah ke Unit Rawatan Rapi, Hospital Ampang selepas terjatuh di bilik air rumahnya di Bandar Baru Sentul.
Sepanjang penglibatan Allahyarham dalam dunia seni, beliau banyak berlakon filem antaranya Abu Nawas, Gila-Gila, Putus Sudah Kasih Sayang, Da Di Du dan Prebet Lapok.
Yahya pernah berkahwin sebanyak empat kali dan mempunyai 11 orang anak, enam cucu dan dua cicit.
Selain terlibat dalam dunia seni, Yahya pernah bertugas dalam pasukan polis pada tahun 1948 bagi menentang komunis.
Jenazah Allahyarham di jadual dikebumikan di kampungnya di Teluk Intan, Perak pada malam Rabu.
Sumber : http://mstar.com.my & Saiful Apek (Official Fan's Page)
Labels:
Kisah Artis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Pencuri Di Sebuah Hotel Ketika Penjaga Kaunter Sedang Tidur
-
iklan : Emas Kajang :- Kami Sedia Membeli Emas Baru , Lama, Patah Rosak Dengan Harga Tertinggi...!! Berminat Untuk Menjual Emas An...
-
Gempar..!Rumah polis dilempar bom petrol KLANG – Dua anggota polis berdepan detik cemas apabila rumah sewa mereka terbakar selepas di...
-
ROMPIN – Belum pun sempat melelapkan mata, Nor Fatihah Abdul Khalid, 25, tergamam apabila melihat suaminya yang baru pulang berlumuran dar...
-
Susulan pemain bola sepak negara, Nazmi Faiz yang mengeluarkan kenyataan di Twitter menuduh bekas kekasihnya, Tengku Fiella mempunyai hubun...
-
Iklan : Emas Kajang Kami Sedia Membeli Emas Dan SuratPajak Dgn Harga Tertinggi..!! Berminat Untuk Pertantaan Sila Hubungi : 03-8...
-
Petua Mengelak Kanser 1. Minum air rendaman daun teh (hijau atau hitam, tetapi bukan herba) kerana ia mengandungi antioksidan. Ia bole...
-
KUALA LUMPUR - Selebriti dan pengacara nombor satu negara, Aznil Nawawi (gambar kecil) dikurniakan darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilaya...
-
Soalan 50: Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk? Jawapan: Penguin Soalan 49: Gajah lalu titi patah, lepas t...
No comments:
Post a Comment